Thursday, August 20, 2009

TERKEDU KHALID...SULTAN S'GOR TOLAK GUNA ZAKAT

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam dengan tegas menolak sebarang cadangan untuk menggunakan wang zakat bagi tujuan selain daripada membantu umat Islam dan pembangunan ummah di negeri itu.

"Beta sekali-kali tidak berkenan wang zakat ini diambil, dipinjam atau disalurkan untuk perkara-perkara lain," titah baginda ketika merasmikan Konvensyen Integriti Pengurusan Zakat Selangor semalam.

Dalam sidang Dewan Negeri Selangor baru-baru ini, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencadangkan supaya wang Baitulmal yang diperoleh daripada sumbangan zakat digunakan bagi tujuan pembangunan negeri.

"Beta tidak berkenan mereka yang luar dari pentadbiran Lembaga Zakat Selangor ini campur tangan dalam pengurusan zakat negeri ini," titah baginda, lapor Bernama.

Baginda juga mahu supaya dijelaskan kepada rakyat mengenai perbelanjanan kutipan zakat pada setiap tahun.

"Pengurusan zakat hendaklah dilakukan dengan betul dan janganlah adanya berlaku penyelewengan dalam pengurusan, kutipan dan pembahagiannya. Mereka yang melakukan penyelewengan maka akan menerima pembalasan dari Allah Subhanahu Wata'ala," titah Baginda.

Sultan Selangor juga menjelaskan bahawa baginda sangat-sangat mengambil berat dan mengikuti akan pengurusan zakat di negeri itu.

Baginda bertitah bahawa mereka yang terlibat dalam pengurusan zakat di negeri itu telah diberi penuh kepercayaan dan segala kutipan yang telah dibuat hendaklah diserahkan kepada Lembaga Zakat Selangor sepenuhnya untuk diuruskan dengan sempurna.

Konvensyen sehari itu dianjurkan bersama oleh Lembaga Zakat Selangor dan Jabatan Mufti Negeri Selangor.

Wednesday, August 19, 2009

DAP BERKUASA SEPENUHNYA DI SELANGOR?

Melihat kepada tajuknya, kita tentu seakan percaya bahawa DAP berkuasa sepenuhnya di Selangor.

Namun, tajuk sahaja menarik namun isinya mempertahankan DAP habis-habisan dan Ahli Parlimen Shah Alam bukan sekadar itu tetapi menyalahkan UMNO dan Barisan Nasional dalam semua perkara.

Tak percaya? Baca sendiri.

Oleh Khalid Samad ( Ahli Parlimen Shah Alam)

Apabila berlakunya peristiwa berhubung pengawalan penjualan arak di Selangor, yang bermula di Shah Alam, tiba-tiba Umno/BN cuba menonjolkan diri mereka sebagai juara Islam! Pelik bin Ajaib, bukankah mereka yang memerintah selama 52 tahun sebelum naiknya PR? Mungkin mereka terlupa. Melayu Umno sememangnya mudah lupa.

Semasa BN memerintah, penduduk Seksyen 8 Shah Alam sudah pun meminta supaya kedai 7-Eleven di tempat mereka tidak menjual minuman keras. Jawapan Umno ialah menguncikan Surau Seksyen 8 kerana penduduk Seksyen 8 dianggap ‘melampau’.

Walaupun hubungan kedua peristiwa ini tidaklah begitu ‘direct’, tetapi lebih kurang begitulah ceritanya. Kisah ini pun mungkin mereka lupa kerana Melayu Umno mudah lupa.

Sekarang Umno Umno yang sama ini ingin mengherdik DAP dan memomokkan rakyat dengan ‘ancaman’ kekuasaan DAP. Ada yang sampai berkata, “tunggulah apabila DAP berkuasa sepenuhnya, mereka akan tunjuk belang mereka dan menindas ummat Islam!”

Hmmm, setahu saya, Umno/BN yang menindas ummat Islam selama ini. Melalui ISAnya.

Melalui pemecatan Mufti dan Pegawai Masjid yang tidak akur kepada kehendaknya. Melalui penarikan balik bantuan per kapita kepada sekolah agama rakyat dan sebagainya. Mungkin ini pun mereka lupa juga.

Umno ingin memomokkan DAP di kalangan orang Melayu, sepertimana memomokkan PAS di kalangan masyarakat Cina dan India.

Namun sebenarnya, tidak mungkin DAP berkuasa ‘sepenuhnya’ di Selangor. Walaupun boleh dipertikaikan kenyataan Umno/BN ini, tetapi cuba kita andaikan sahaja, untuk memuaskan hati mereka. Hakikatnya jika diteliti, DAP tidak mungkin berkuasa ‘sepenuhnya’ di Selangor kerana bagaimana mungkin mereka berkuasa ‘sepenuhnya’ sekiranya mereka hanya bertanding 16 dari 56 kerusi sahaja?

Inilah akibat mengajar Metamatik dalam bahasa Inggeris. Orang Umno sudah tidak pandai mengira! Kalau ingin berkuasa ‘sepenuhnya’, maka sepatutnya DAP bertanding untuk mendapatkan majoriti 2/3 yang bersamaan dengan 38 kerusi. Barulah mampu berkuasa ‘sepenuhnya’.

Kalau ingin berkuasa dengan majoriti mudah sekalipun, DAP akan memerlukan 29 kerusi. Adakah mungkin memenangi 29 kerusi sekiranya hanya bertanding 16? Atau apakah mungkin orang Umno anggap kerusi DUN ini boleh beranak-pinak?

Itulah sebabnya kita perlukan ‘Pakatan’. Bukan PAS sahaja, Umno pun perlukan pakatan dengan MCA dan MIC serta Gerakan. Namun sekarang ini MCA, MIC dan Gerakan tidak lagi mampu mendapat sokongan bukan Melayu. Oleh itu Umno membawa mesej Melayu ekstrim kerana mereka menyedari bukan Melayu tidak akan lagi mengundi mereka, walau sekerap manapun Najib berulang ke Batu Caves.

Kasihan melihat gelagat Umno. Ini tak kena, itu tak kena. Akhirnya, seperti biasa kembali menipu dan memomokkan rakyat dengan ketakutan terhadap DAP dan PAS. Inilah akibatnya apabila sudah kehabisan modal.

Tuesday, August 18, 2009

LAKUNAN TIGA SEKAWAN – LIM, RONNIE DAN WONG

DAP tertekan apabila Wong Chun How ditahan SPRM sebagai suspek. ‘Drama’ komedia dilakunkan untuk dilihat sebagai mangsa ddan menagih simpati.

Agak lama dahulu, RTM pernah menyiarkan satu siri komedi televisyen Tionghua yang popular bernama Tiga Sekawan. Episod siri ini banyak memaparkan kehidupan kekeluargaan, kejiranan dan persahabatan dalam sebuah komuniti Tionghua Malaysia.

Ada ungkapan Inggeris menyentuh mengenai realiti meniru seni. Nama siri itu nampaknya ditiru ke dunia realiti tetapi tidak mesej-mesej baik. Itu yang berlaku pada pagi Jumaat baru-baru ini apabila SPRM menahan Wong Chuan How, seorang suspek dalam penyiasatan salahlaku penyaluran peruntukan ADUN yang berleluasa di Selangor.

Drama yang dilakunkan ada adalah contoh buruk untuk mementaskan fitnah dan pembohongan untuk mencetuskan kemarahan berbau perkauman. Lim Kit Siang menuduh SPRM sebagai Gestapo. Ronnie Liu mereka motif terhadap SPRM. Suspek Wong Chuan How pula melakunkan drama dicederakan. Yang lucu, ianya semua pembohongan yang tidak lojik.

Lihat susunan gambar (dari kiri ke kanan dan atas ke bawah) yang menunjukkan rentetatan peristiwa yang dikatakan Lim Kit Siang sebagai suatu kekasaran ala Gestapo. SPRM telah datang dengan cara baik dan memberitahu Wong ditahan sebagai suspek. Peguamnya ada di sebelahnya. Semasa diiring keluar, kelihatan Wong meronta-ronta hingga akhirnya dia terjatuh.

Bila jatuh, dia berpura-pura seolah-olah cedera. Bagi mereka yang tidak mengikuti, Wong Chuan How adalah pembantu Ronnie Liu yang kononnya menguruskan peruntukkan ADUN untuk kawasan DUN Sg Pelik yang ADUN dipilih adalah dari BN. Dia telah didedahkan oleh blog t4tbh sebagai penerima lebih 80 projek kemasyarakatan. Kini dia merupakan suspek yang menerima jumlah lebig 230 projek-projek dari peruntukkan pelbagai ADUN.

Yang anihnya, peruntukkan ADUN diurus oleh Pejabat Daerah dan khusus bagi Sungai Pelek adalah Pejabat Daerah Sepang. Walaupun tidak boleh dilakukan, Ronnie boleh bertegas mahukan Pejabat Daerah menulis cek atas nama Wong.

Pada Jumaat lepas, The Star telah melaporkan tanpa menyebut nama bahawa Wong telah hilang dan tidak boleh dihubungi. Sepanjang minggu ini, The Malay Mail telah memberi perhatian kepada Wong yang langsung tidak boleh dihubungi. Ronnie menafikan Wong telah melari dan menghilangkan diri. Akhirnya, Ronnie mengatur untuk Wong menemui SPRM untuk soalsiasat pada hari Jumaat di pejabat DAP Sg Pelek.

Setelah hampir dua minggu cuba melarikan diri dari disiasat, SPRM sudah tentu menganggap Wong sebagai suspek dan mungkin sekali sudah mencukupi bukti untuk menahannya sebagai suspek.

Dalam drama komedi ala Tiga Sekawan ini, Wong telah cuba meronta dari memasuki kereta SPRM untuk melarikan diri hingga terjatuh. Bila jatuh, dia berlakun seolah kakinya cedera. Gambar jelas menunjukkan demikian dan kecederaannya hanyalah sedikit (lihat gambar bawah).

Ronnie menuduh SPRM menipu dengan mengatakan Wong akan disiasat sebagai saksi. Dia berhelah undang-undang tidak menetapkan di mana soal siasat boleh dilakukan. Apa pula nak berjanji dengan seorang yang menghilangkan diri selama dua minggu dan cuba melarikan diri dari undang-undang? Ini semua terpulang kepada budi bicara SPRM.

Selain itu, Ronnie turut menuntut dari Pengarah SPRM memberi jaminan keselamatan Wong. Apa gila ‘komunis’ ini menuntut jaminan? Negara berdaulat yang sudah ada undang-undang tidak perlu ada jaminan peribadi dan khusus.

Bolehkah Ronnie pula memberi jaminan nyawa Wong terselamat?

Maklumlah apabila disiasat sebagai suspek, Wong boleh terluah apa yang Ronnie tidak mahu diketahui oleh pihak berkuasa. Pasti kongsi gelap tidak akan senang duduk jika Wong membuat pengakuan yang membabitkan mereka.

Pihak DAP melalui peguam mereka nak berhelah berkata pihak SPRM tidak ada hak untuk menahan dan tidak mengikut prosedur untuk menahan Wong. Mana satu yang mereka nak tuduh? Tiada hak menahan atau tidak mengikut prosedur?

Wong ditahan dengan diberi notis di bawah seksyen yang khusus Sekseyn 53(3) Akta SPRM 2009, satu undang-undang yang diwartakan. DAP bersama BN mengundi menyokong rang undang-undang ini yang diusulkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi di Parlimen. SPRM menguatkuasa undang-undang mengikut prosudur yang telah ditetapkan.

Lim Kit Siang membuat sidang akhbar dan menuduh SPRM bersikap seperti Gestapo. Gestapo melakukan kekerasan tanpa atau melampau peruntukkan undang-undang.

Pasti ada peruntukkan undang-undang dan prosedur yang dipersetujui penasihat undang-undang kerajaan sebagai sesuai untuk SPRM memberkas seorang suspek dan memaksanya dibawa ke pejabat SPRM?

Bolehkah Lim Kit Siang tunjukkan peruntukkan undang-undang mana yang memberi hak kepada suspek untuk merempuh dan cuba meronta melarikan diri? Pasti tiada. Jika demikian, maknanya yang Wong berkelakuan sebagai Gestapo dalam menggunakan kekerasan tanpa kuasa undang-undang.

Kalau SPRM dituduh Gestapo, kenapa dibenarkan Wong untuk membuat laporan polis dan mendapat rawatan di Hospital Serdang?

Alah jangan tidak biasa., Lim Kit Siang sudah meluahkan ribuan ungkapan-ungkapan menuduh dan melabel sesuka hati pihak kerajaan sepanjang 40 tahun kerjayanya dalam politik.

Apa yang jelas menunggu bersuluh adalah dengan Wong ditahan sebagai suspek, DAP sudah menggelupur ketakutan. Mereka tahu ini akan merosakkan nama DAP selama-lamanya.

DAP begitu kerap menuduh BN melakukan rasuah tetapi dalam hanya setahun memerintah negeri Selangor, mereka sudah melakukan salah laku rasuah. Kalau BN dituduh mengambil peratusan komisyen, DAP ambil 100% menggunakan nama projek dan syarikat palsu!

Sumber: MyKMU & The Unspinners