Showing posts with label pakatan. Show all posts
Showing posts with label pakatan. Show all posts

Monday, September 7, 2009

MENTERI BESAR BARU SELANGOR, AZMIN ALI ATAU HASSAN ALI?

Analisis Kumbang

Angin perubahan bertiup kencang di bumi Selangor. Bumi yang melihat tangisan warganya yang menderita dan menangis di bawah pemerintahan Pakatan Pembangkang. Semalam, Tan Sri Khalid Ibrahim dimalukan oleh penduduk Seksyen 23 dengan perkataan 'MB bodoh’ dan 'Khalid Babi’ dalam sesi dialog isu pembinaan kuil di Dewan Bankuet Wisma Majlis Bandaraya Shah Alam.

Sedikit pergeseran berlaku apabila isu sensitif mula dibangkitkan oleh peserta dialog dan menimbulkan ketegangan sehingga dialog terpaksa diberhentikan dengan Khalid sekali lagi berjanji untuk menyelesaikan isu berkenaan ala Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang senantiasa berjanji untuk menyelesaikan masalah penduduk Kampung Buah Pala dan ditepati beliau dengan lenyapnya Kampung Buah Pala di peta negeri Pulau Pinang.

Pergeseran yang berpunca daripada isu sensitif ini Kumbang rasa boleh dielakkan dengan kebijaksanaan kerajaan negeri memahami aspirasi penduduk seksyen 23 yang terdiri daripada pelbagai agama. Malangnya keputusan dibuat secara terburu-buru dan segala bantahan tidak diendahkan serta segala kesalahan dicampakkan ke bahu lawan mereka UMNO yang mereka katakan sengaja menimbulkan kekecohan. Hal ini menyebabkan rakyat semakin meluat dan inginkan perubahan drastik dalam kepimpinan kerajaan negeri Selangor.

Angin perubahan ini dirasai dengan tiba-tiba satu sms singgah di telefon bimbit rakan blogger Kumbang, Pisau yang berbunyi seperti di bawah :

UNTUK SEBARAN SEGERA !

TRAGEDI PERAK AKAN BERULANG DI SELANGOR ! Marilah kita sama2 berdoa agar kerajaan rakyat pimpinan ts khalid kekal memerintah slgr.Sumber dari pejabat DSAI mengatakan 11 adun PR akan keluar parti dan akan jadi adun bebas. 5 pas,3 pkr dan 3 dap. Ini semua kerja jahat BN. Jika tiada pilihan ts khalid akan mengadap sultan hari selasa ini utk mohon bubarkan dun. Semua cabang dan ranting diminta bersedia utk gerakan jentera p/raya.. Sama2 kita pertahankan kerajaan rakyat selangor drp terus menjadi mangsa politik jahat BN.

Sms ini antara lain membuktikan penubuhan kerajaan negeri yang baru kini giat berlangsung di Selangor yang mana kepimpinan Khalid Ibrahim akan ditunjukkan jalan keluar oleh adun-adun yang memahami aspirasi rakyat.

Perjumpaan Hassan Ali dengan Sultan Selangor semalam juga menimbulkan pertanyaan adakah ia sekadar taklimat penguatkuasaan arak di Selangor atau perbincangan mengenai penubuhan kerajaan negeri baru dengan Hassan Ali sebagai menteri besar?

Hal ini diperkuatkan lagi dengan Hassan Ali dikatakan mengelak untuk ditemubual wartawan di perkarangan istana. Seolah-olah sesuatu hal penting dibincangkan dan bukan hanya sekadar sebuah taklimat.

Krisis dalam PKR melibatkan Khalid Ibrahim dan Azmin Ali kian hangat apabila Khalid Ibrahim dikatakan disingkir kedudukannya sebagai Ketua Cabang(bahagian) Selangor yang menjadikan Khalid sebagai Menteri Besar tanpa jawatan di peringkat cabang atau bahagian. Hal ini ternyata menyebabkan Khalid Ibrahim boleh dipertikaikan kedudukannya sebagai Menteri Besar.

Perkara ini menyebabkan dalam PKR sendiri menyaksikan usaha mengangkat Azmin Ali sebagai menteri besar giat dijalankan untuk mengelakkan adun-adun dalam Pakatan Pembangkang mengalihkan sokongan mereka.

Perkara ini antara lain menyaksikan dua individu kini dikatakan berpotensi dan bersaing untuk menjadi Menteri Besar dalam angin perubahan di negeri Selangor iaitu Hassan Ali dan Azmin Ali. Yang mana Kumbang pasti, 2 individu ini ternyata jelek dengan pemerintahan boneka Khalid Ibrahim yang membebankan dan menjadikan rakyat Selangor kian menderita.

Kita tunggu siapa yang akan menjadi Menteri Besar Selangor selepas ini. Samada Hassan Ali atau Azmin Ali. Apa yang pasti hal ini akan menyebabkan Anwar Ibrahim semakin risau dan ketakutan melihatkan sokongan yang berkurangan dari kalangan rakyat dan parti gabungan yang diketuai beliau.

Musa Hassan dilanjutkan kontrak, Selangor terlepas dan mungkin Kedah selepas ini membuatkan Anwar Ibrahim semakin tidak keruan dan impian menjadi Perdana Menteri mungkin tinggal angan-angan.

"Kuasa Rakyat,Kuasa Keramat"

Sunday, July 5, 2009

Anwar tidak boleh tutup ketentuan ALLAH

Oleh Cyber1Trooper, AIDCclub

Pada 3 Julai lalu, Anwar dan peguambela masih meneruskan saki baki 'pertarungannya' untuk menangguhkan dan menggugurkan kes. Perbicaraan dalam perbicaraan sengaja dicipta oleh Anwar untuk mencapai maksud tersebut.

Hari ini juga mahkamah mendengar satu lagi pra perbicaraan berkenaan dengan permohonan dokumen. Hari ini juga keputusan akan dibuat, setelah kes itu sepatutnya dibicarakan pada 1 Julai lepas, terpaksa ditangguhkan kerana tiada kerjasama Anwar, katanya dia mahu ke parlimen, kerana urusan di parlimen lebih penting, maka pra-perbicaraan yang membabitkan permohonan dokumen terpaksa ditangguhkan mengikut kehendak Anwar.

Betulkah Anwar benar-benar perihatin kepada parlimen ? Kalau benar, kenapa pada masa lalu, Anwar sanggup tidak hadir ke parlimen, semata-mata untuk mengikuti sidang Amerika di Doha ? Dia beri alasan kononnya dia terlepas kapal terbang, walhal dari awal lagi Anwar sudah diketahui, bahawa persidangan Amerika di Doha, melepasi tarikh persidangan parlimen.

Tidak tahulah, keputusan berkaitan dengan 'permohonan dokumen' hari ini terpaksa ditangguhkan lagi, dengan Anwar memberi alasan lain pula. Lagipun sebelum ini, Sulaiman Abdullah, Ketua Peguambela telah memberi bayangan, bahawa dia tidak dapat hadir dalam perbicaraan hari ini kerana mempunyai tugas lain yang lebih penting.

Kalau Anwar dan peguambelanya menganggap perbicaraan memohon dokumen tidak penting, kenapa mereka bersungguh-sunguh failkan petisen memohon agar kes dokumen dibicarakan pada 10 Jun lalu ?

Apabila mahkamah mengambil respon terhadap permintaan Anwar dengan menetapkan tarikh perbicaraan (asalnya 1 Julai, ditangguh kepada 3 Julai), kenapa pula, Anwar dan barisan peguamnya mengambil sikap sambil lewa, seolah-olah tidak berminat meneruskan perbicaraan ini ?

Bermacam-macam alasan diberikan Anwar, sibuk dengan urusan parlimen, sibuk dengan mesyuarat PR, juga pelbagai alasan diberikan oleh barisan peguam Anwar, sibuk dengan urusan lain yang lebih penting, belum bersedia sepenuhnya dan sebagainya yang membawa maksud mahu tangguh menangguh kes ini. Lagi lama ditangguh, lagi bagus. Kalau boleh lakukan sesuatu agar kes ini tidak dibicarakan terus, barangkali itulah yang tersemat di hati kecil Anwar!

Berlainan pula dengan pihak mangsa, Saiful Bukhari, kita tidak mendengar, dia tidak beri kerjasama. Walaupun kadang-kadang dia merungut (seperti yang diluah di blognya), kerana Anwar berusaha menangguh-nangguhkan kes, namun Saiful akur dan menuruti setiap keputusan mahkamah.

Kita juga tidak mendengar apa-apa rungutan apatah lagi kenyataan media yang dikeluarkan oleh pihak pendakwaraya, walaupun pada hakikatnya mereka juga seperti manusia lain, bosan dengan karenah Anwar yang mahu mengelak kes ini dibicarakan.

Tetapi kita sering mendengar kenyataan media yang dibuat oleh Anwar dan barisan peguambelanya (terutamanya Sankara Nair) di media, khasnya Malaysiakini. Sebab itu dari awal lagi, saya membuat rumusan bahawa Anwar silap memilih ketua peguambela yang sepatutnya diberikan kepada SN Nair, bukannya kepada Sulaiman Abdullah.

Tetapi kenapakah Anwar tidak memilih SN Nair sebagai ketua? Kenapa pula pilih Sulaiman Abdullah ? Anwar pun tahu ketidakupayaan SN Nair menjadi ketua, berbanding dengan Sulaiman Abdullah, sebab itu Anwar pilih Sulaiman, tetapi semua arahan Anwar disalurkan kepada SN Nair, bukan kepada Sulaiman Abdullah, hingga terjadilah konflik peribadi.

Kenapa terjadi begitu ? Sebenarnya Anwar sendiri dalam dilema untuk memilih antara 'menyediakan hujah-hujah kebenaran fakta' dengan 'hujah-hujah persepsi politik'dalam menghadapi kes pertuduhan liwat kali ini.

Ini kerana, Anwar telah belajar, faktor kekalahan kes liwat tahun 2000, apabila Christopher Fernando,(ketua peguambela Anwar ketika itu) hanya mengikut skrip yang disediakan Anwar, iaitu tidak menjawab soalan pendakwaraya, sebaliknya menyerang pendakwaraya dengan merekacipta satu hipotesis baru, iaitu, 'teori konspirasi'

Soalan pendakwaraya ketika itu, betulkah kamu (Anwar Ibrahim) meliwat Azizan Abu Bakar pada satu malam, di antara Januari hingga Mac 1993, di apartmen Sukma Darmawan (adik angkat kamu), di unit No. 10-7-2, Tivoli Villa, Jalan Medang Tanduk, Bangsar, Kuala Lumpur ?

Tetapi semasa diberi peluang menjawab, Anwar tidak menjawab soalan itu, sama ada betul atau tidak, sebaliknya, Anwar mencipta satu pertuduhan baru, semua ini TEORI KONSPIRASI.

Christopher Fernando, tahu jawapan Anwar itu akan menyebabkan Anwar tewas, kerana tidak menjawab soalan, tetapi Christopher juga tahu, dia dibayar oleh Anwar untuk mengikuti semua kemahuan Anwar. Menang atau kalah tidak penting kepada Christopher, tetapi yang lebih penting adalah bayarannya. Maka, Christopher,menggunakan kekuatan retoriknya, mengikut semua skrip yang disediakan oleh Anwar berhujah atas hipotesis baru Teori Konspirasi, walaupun gagal dibuktikan secara sah!

Sulaiman Abdullah yang bersama-sama team peguambela Anwar ketika itu tidak bersetuju, kaedah tidak menjawab soalan yang dicadangkan Anwar, tetapi dia tidak boleh berbuat apa-apa, kerana dia hanyalah salah seorang peguam Anwar, ketuanya adalah Christopher Fernando.

Jadi harga yang mahal mahal diperolehi oleh Christoper adalah bayaran lumayan daripada Anwar serta dianggap hero oleh para penyokong Anwar, kerana berjaya 'menyambung lidah Anwar'. Tetapi Anwar juga turut mendapat harga paling mahal dalam kes itu, di mana dia telah tewas, dan dihukum penjara selama sembilan tahun!

Jadi berdasarkan pengajaran kes terdahulu, sekali lagi Anwar berada dalam dilema untuk memberikan hujah-hujah kebenaran yang sepatutnya disalurkan kepada Sulaiman Abdullah atau menyedia skrip politik lama,'Teori Konspirasi' yang disalurkan kepada SN Nair.

SN Nair adalah peguam kepercayaan Anwar, sebab itu dari SN Nair berambut (1998), hingga sekarang berkepala botak, SN Nair diambil menjadi peguam peribadi Anwar. Maknanya SN Nair merupakan khadam yang setia dengan Anwar, sanggup mengikuti apa sahaja skrip yang dibuat oleh Anwar, walaupun sudah diketahui skrip itu bakal membunuh majikannya sendiri.

Hari-hari terakhir sebelum barisan pendakwaraya mengemukakan bukti (sepatutnya 8 Julai ini), satu pengajaran lain juga kita dapat ketahui.

Pengajaran itu adalah Anwar adalah seorang yang suka menyalahgunakan kedudukannya untuk mencapai apa yang dikehendaki. Anwar mengarahkan barisan peguamnya, untuk berusaha mengubah keputusan mahkamah yang sebelum ini menetapkan 1-24 Julai sebagai tarikh perbicaraan. Anwar tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah itu dan menggunakan kekuatan wangnya telah mengarahkan para peguamnya untuk menggugurkan kes itu dengan mencipta beberapa perbicaraan kecil lain. Pada 10 Jun difailkan petisen perbicaraan kes dokumen dan pada 17 Jun pula dibuat lagi satu petisen baru iaitu memohon perbicaraan digugurkan. Inilah usaha-usaha terakhir Anwar untuk menggugurkan kes, menggunakan kekuatan kewangannya dan barisan para peguamnya.

Ini membetulkan semua tuduhan yang telah dibuat sebelum ini bahawa pada tahun 1997, Anwar Ibrahim telah 'menggunakan' kedudukan sebagai Timbalan Perdana Menteri untuk membuat arahan kepada Pengarah Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia, Datuk Mohd Said Awang, ketika itu untuk mengubah surat pengakuan bersumpah yang telah dibuat oleh Umi Hafilda dan Azizan Abu Bakar.

Tujuan Anwar 'mengarahkan' Pengarah Cawangan Khas untuk melakukan penyelewengan, mengikut kemahuannya untuk menggelakkan skandalnya dengan Shamsidar Tahrin, Sukma Darmawan dan Azizan Abu Bakar diketahui umum.

Jadi, kalau dahulu Anwar pernah menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan dirinya sendiri, maka perkara sama dilakukan kini semata-mata untuk menutup skandalnya terbongkar.

Kalau dulu, Anwar bermati-matian mahu menutup kes dan tidak mahu kes itu dibicarakan, bagaimana pula dengan sekarang?

Anwar boleh tutup semua perkara untuk diketahui umum, tetapi Anwar tidak boleh tutup ketentuan ALLAH yang membukanya untuk diketahui semua orang!

Thursday, June 25, 2009

ANWAR BUKAN "LEAD" TETAPI "MISLEAD"

anwarisme.blogspot.com

Datuk Seri Anwar Ibrahim terkenal sebagai pemimpin unggul dalam keadaan berpecah belah. Sebab itu beliau muncul sebagai tokoh popular pada 1970-an apabila wujud siri-siri demontrasi.

Kebolehan beliau untuk mempengaruhi kawan dan lawan serta bercakap mengikut khalayak merupakan satu kelebihan luar biasa.

Justeru cadangan agar UMNO memohon maaf kepada PAS merupakan agenda Anwar untuk menukar kedudukan. Jika sebelum ini Pakatan rakyat dilihat “defensive” dan teraba-raba dalam mencari posisi lantaran idea kerajaan perpaduan PAS, hari ini Anwar menukar posisi itu.

Dengan menyatakan UMNO perlu meminta maaf kepada PAS dahulu tentulah ini bermakna beliau menukar kedudukan PAS dan Pakatan Rakyat. Sekarang ini bola dikaki UMNO pula.

Jika dulu PAS perlu membuat keputusan sama ada mahu duduk berbincang dengan UMNO atau tidak, hari ini Anwar cuba menukar kedudukan tersebut kepada UMNO.

Dengan meminta UMNO memohon maaf kepada PAS dahulu, Anwar cuba menarik sokongan PAS dan juga memberi dilema kepada UMNO. Beliau tahu sebagai parti politik dan parti pemerintah, UMNO tidak mungkin memohon maaf kerana implikasi undang-undang dan politik.

Adakah UMNO bersedia memohon maaf kepada PAS demi perpaduan Melayu dan Islam? Jika demikian apakah PAS juga bersedia memohon maaf kerana mengkafirkan UMNO, memecah belahkan rumah tangga, masjid dan perpaduan Islam atas nama agama? Semua ini akan dibangkitkan semula dan akhirnya tiada perbincangan antara UMNO dan PAS.

Dari segi politik, tindakan Anwar ini amat bijak. Ini memang pun kebolehan Anwar sejak dahulu lagi. Anwar tahu secara politik dan perundangan, UMNO tidak akan meminta maaf. Ini kerana dengan meminta maaf, UMNO perlu juga menyatakan kesalahan-kesalahannya.

Tentulah UMNO sebagai sebuah organisasi dan juga parti pemerintah sejak 1957 tidak boleh memohon maaf sewenang-wenangya.

Anwar bukan mahu permohonan maaf tersebut. Jika UMNO meminta maaf pun, Anwar akan meminta pula UMNO meneyenaraikan secara terperinci kesalahan-kesalahan UMNO. Pokok utamanya ialah Anwar tidak akan mahu melihat UMNO dan PAS duduk semeja kerana beliau akan hilang pengaruh dan kuasa.

Sejak di dalam UMNO dahulu Anwar tidak pernah mewujudkan jambatan dengan PAS. Ini kerana jika ada jambatan UMNO-PAS kemungkinan besar status quo beliau sebagai harapan kumpulan yang cenderung kepada Islam di negara ini seperti ABIM, PKPIM, JIM dan sebagainya akan hilang.

Anwar di kalangan lingkungan politik elit terkenal sebagai pemimpin yang berupaya mengawal dan menggunakan keadaan perpecahan dan persengketaan untuk mengukuhkan kedudukan beliau.

Beliau tidak berusaha mewujudkan hubungan UMNO - PAS tetapi beliau secara peribadi mewujudkan hubungan dengan pemimpin PAS dan juga NGO Islam.

Dengan ini beliau berjaya memberi satu situasi bahawa harapan orang Islam dan Melayu hanyalah kepada beliau kerana beliau berada di dalam kedudukan yang baik di dalam kerajaan ketika itu.

Beliau mengutuk dan menghentam PAS dalam kempen politik sehingga wujud kebencian di kalangan pengikut bawahan. Namun beliau juga bijak "membeli" pemimpin PAS dan NGO Islam serta Melayu bagi menyokong beliau secara sulit.

Sebab itu kita lihat dalam PAS dahulu hanya Mohd Sabu yang menghentam Anwar. Lain-lain tidak menghentam Anwar keterlaluan kerana mereka melihat Anwar sahaja harapan mereka untuk perjuangan Islam.

Anwar adalah pemimpin yang dinamik dari segi falsafah perjuangan. Beliau menjadi pejuang kemiskinan ketika isu kemiskinan menjadi perbualan rakyat.

Beliau kemudian menyertai UMNO apabila melihat Dr. Mahathir melakukan penerapan nilai-nilai Islam dalam kerajaan dan sekaligus melemahkan UMNO. Anwar tidak menyertai PAS kerana beliau tahu dengan dasar-dasar yang dirangka oleh Dr. mahathir yang baru menjadi Perdana Menteri ketika itu, UMNO akan melebarkan pengaruhnya di kalangan orang Melayu.

Anwar masuk UMNO dan “hijacked” segala dasar-dasar pembaharuan yang dilakukan oleh Dr. Mahathir.

Pada 1987, Anwar antara orang yang merencana keadaan politik kacau bilau dan tidak stabil untuk meraih populariti politik dalam parti dan kerajaan. Akibat dari perencanaan itu Operasi Lalang (1987) dilancarkan dan Anwar yang ketika itu merupakan Menteri Pelajaran meraih populariti terbesar di kalangan orang Melayu.

Isu pendidikan kaum yang menjadi alat mencetuskan ketidakstabilan ketika itu dilakukan oleh Anwar untuk menyelamatkan dirinya sendiri yang berada dalam kem Tun Mahathir menentang kem Tengku Razalegh.

Beliau ketika itu dilihat sebagai punca kemunculan kem Ku Li - Musa dan ada kecenderungan untuk perwakilan UMNO mengenepikannya dalam pemilihan ketika itu.

Pada 1992, Anwar juga mewujudkan anarki dalam media massa dan UMNO untuk meletakkan orangnya. Ketika Ketua Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Zainuddin Maidin bercuti, konco-konco Anwar mewujudkan polemik anti bahasa Inggeris dengan menghentam Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana berucap dan kemudian meminta diwawancara dalam bahasa Inggeris oleh TV Indonesia ketika Persidangan NAM 1992. Konco-konco Anwar mempergunakan anak saudara Mahathir, Samad Mahadi untuk menjatuhkan ZAM.

Melihat kekalutan dalam Utusan Melayu apabila Dr. Mahathir sendiri mengambil inisiatif menjawab tuduhan-tuduhan Utusan, Anwar mengambil kesempatan mengusulkan penukaran pengurusan Utusan.

Dr. Mahathir bersetuju dan Anwar diberi tanggungjawab. Berjayalah Anwar mengubah keadaan dengan membawa masuk lebih ramai konco-konconya ke dalam Utusan ketika itu.

Pada 1997 Anwar sekali lagi mengambil kesempatan dari masalah kewangan dunia dengan meningkatkan kadar faedah. Ini menimbulkan kemarahan ramai orang kepada kerajaan.

Kemarahan ini diikuti dengan "serangan" terhadap Tun Dr. Mahathir dengan isu kronisme, nepotisme melalui proksinya. Anwar juga memprojek diri sebagai pemimpin baru dalam kebangkitan Asia (Asian Rennaisance).

Malangnya Anwar gagal kali ini dan tercampak keluar dari hirarki kepeimpinan negara.

Pada 1998 beliau mula melancarkan mantera baru anti kronisme dan nepotisme. Mantera ini cukup berkesan kepada anak muda yang baru kenal sepak terajang politik. Kepada golongan yang arif politik mereka melihat mantera ini tidak lebih dari meludah ke langit dan tindakan menepuk air di dulang.

Apabila keluar dari penjara, Anwar membawa mantera baru kesamarataan, anti korupsi dan ketelusan. Ini juga mantera abad 21, mantera internet dan mantera baru kapitalis barat.

Anwar tidak akan peduli kepentingan Melayu mahu pun Islam. Melayu dan Islam akan dinyanyikan jika ia membawa faedah kepada beliau.

Hari ini kerana ramai kaum bukan Melayu yang menyokongnya maka beliau menyanyikan lagu-lagu "baru" meninggalkan perjuangan agama dan bangsa yang pernah beliau perkudakan suatu ketika nanti.

Memang benar kata Dr. Mohamad Khir Toyo dalam blognya, bahawa orang Melayu tidak akan bersatu selagi mendengar cakap Anwar.

Anwar adalah pemimpin politik kapitalis yang tulen dan unggul. Beliau boleh menjadi popular walau apapun mantera yang beliau gunakan kerana beliau peka kepada komunikasi semasa.

Dalam konteks ini, Anwar bukan memimpin rakyat tetapi membawa apa yang disukai rakyat biarpun ia mungkin merosakkan rakyat dalam masa akan datang.

Anwar bukan memimpin (lead) tetapi menyesatkan (mislead) masyarakat.

Tuesday, June 23, 2009

NIK AZIZ - PEMBELIT MACAM 'KELING'

http://pkrpasdap.blogspot.com (Sunday, June 21, 2009)

Kenapa PAS tak usulkan dalam Pakatan- negara dan undang2 Islam syarat kerjasama PAS dengan PKR dan DAP!! Bila nak bersatu dengan UMNO untuk kepentingan Islam dan Melayu, 'songgeh' PAS sudah nampak 'kelingnya'!

abe MIE sempat meneliti satu persatu apa yang diperkatakan oleh Nik Aziz mengenai Kerajaan Perpaduan yang dicadangkan oleh Presiden Pondan PAS, Haji Hadi.

Oleh kerana hendak marah sangat, disuruh budak hingusan, Nasharuddin letak jawatan sebagai ahli Parlimen dan jawatan Timbalan Presiden PAS sedangkan Nik Aziz TIDAK menyuruh Haji Hadi letak jawatan.

Kenapa abe MIE cakap Nik Aziz seperti keling?

Orang tua dulu-dulu kata, kalau jumpa ular sawa dan sebelahnya ada keling, maka pukul keling dulu- jangan pukul ular. Peribahasa itu menjadi satu 'sumpah kepada orang Melayu dan apa yang berlaku kini ada benarnya. Itu masalah orang India, tetapi yang menjadi kemusykilan ialah kenapa Nik Aziz pun terikut-ikut dengan perangai keling?

Adakah kerana badi 'makkal sakthi'? atau Nik Aziz sudah termakan nasi kangkang dari HINDRAF ketika jamuan PAS For All?

atau Nik Aziz sudah merasakan dia sekarang adalah idola orang India dan Melayu, jadi apa salahnya cakap putar-putar, lagipun siapa berani kata NIK AZIZ perlu taubat.

Abe MIE masih ingat ada artikel yang dihasilkan oleh Subky Latif- Nik Aziz adalah ulama tersohor dan salah seorang ahli syurga setaraf ulama Islam yang lain seperti Imam Hambali, Imam Syafi'e dan Umar Abdul Aziz. Mana dia tahu?

1. Nik Aziz kata- UMO kena minta maaf kepada PAS kalau hendak diterima syarat dalam kerajaan Perpaduan.

Hairan, kita buli orang, orang kena buli kena minta maaf.

Nik Aziz macam 'Ah Long', ceti haram tapi ini ceti haram politik.

PAS sudah lupa ketika PAS dalam BN bersama UMNO apa PAS lakukan kepada UMNO!!! TUN kata PAS hanya pentingkan diri dan TIDAK berminat memajukan ekonomi orang Melayu atau membela Islam.

PAS gelar orang UMNO sebagai orang Utan. PAS menyebabkan orang Islam sembahyang dua iman, solat berlainan saf, tidak mengimani jenazah orang UMNO, haram menghadiri kenduri orang UMNO, mewujudkan fatwa Hadi, menghina Pak Lah dengan gambar-gambar tertentu, menyelar dasar Pak Lah sebagai dasar Islam Hadharah.... sehingga orang percaya Islam PAS lebih baik dari Islam UMNO.

Ini kerana UMNO TIDAK melaksanakan HUDUD PAS dan bekerjasama dengan MCA, MIC dan Gerakan. Kini apa yang berlaku, PAS sendiri yang MENGHARAMKAN hudud dan bekerjasama dengan mujahid komunis, iaitu DAP.

Adakah UMNO kena minta maaf pada PAS yang selama ini menghina, mengaibkan, memperendahkan, 'mengencing' dan memfitnah orang UMNO BUKAN sebaliknya PAS perlu minta maaf!!!

Cara politik PAS seperti- kalau kita liwat orang, orang yang kena liwat perlu minta maaf pada kita. Kita rogol orang, orang yang kena rogol perlu minta maaf dan menerima hukuman. Kita mencuri barang orang, pecah rumah tapi tuan rumah kena minta maaf pada pencuri. Kita meragut beg orang, orang itu jatuh sehingga koma, tetapi dia kena minta maaf pada peragut.

MACAM ITULAH KONSEP ISLAM PAS, UMNO kena minta maaf pada PAS yang selama ini menjahanamkan Melayu dan Islam untuk populariti dan kepentingan politik PAS!!!!

2. Nik Aziz kata kalau hendak bersatu perlu jalankan dasar-dasar Islam.
abe MIE nak tanya Nik Aziz, selama dia dalam Pakatan sejak tahun 2004 lagi, adakah PAS menjadikan Pakatan sebagai politik Islam?

Bila Karpal Singh kata langkah mayat saya kalau nak buat hudud, PAS diam aje seperti anjing termakan racun.

Tidak cukup dari itu, PAS mahu melantik Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sedangkan PAS pernah menggelarkan Anwar semasa dalam BN sebagai 'peliwat al-Juburi' dan amat berbahaya.

Bila UMNO ingin bersatu, PAS kena syarat itu, ini. PAS lupakah siapa yang membawa HUDUD PAS ke Mahkamah? Zahid Ibrahim- kini ahli PKR. Kenapa tak salibkan Zahid? Beranikah PAS ganggu orang Anwar?

PAS pernah memburukkan keluarga Najib dan menuduh Najib sebagai pembunuh Altantuya semasa ceramah dan dakyah pada pilihanraya lepas, KENAPA NAJIB PERLU MINTA MAAF?

Apakah Nik Aziz dan orang PAS akan masuk syurga dengan fitnah itu? Allah Islam tak sama dengan 'Allah For All' yang dinamakan Allah Jesus atau Allah Siva.

'Allah' itu boleh dipermainkan dan Allah Islam bukan selemah dan sebodoh pemikiran ulama PAS, jadi PAS perlu tahu siapa yang perlu minta maaf.

Janji Nik Aziz pada Lim Kit Siang- setia dalam Pakatan. Jadi adakah Lim Kit Siang akan kata Nik Aziz sudah murtad kerana tidak menunaikan janjinya?

3. Kenapa Nik Aziz mahukan perbincangan di peringkat atasan PAS sehingga ke peringkat cawangan untuk mendengar pendapat- perlukah Kerajaan Perpaduan dengan UMNO!!!

Adakah PAS pernah mendengar pendapat PAS Pusat dan cawangan apabila bekerjasama dengan DAP dan HINDRAF!!!

Macam keling Nik Aziz cakap. Haji Hadi kan Presiden PAS, sedangkan Nik Aziz hanya mendapat satu percalonan melawan Presiden, jadi apa yang diperkatakan oleh Presiden itulah wardah perjuangan parti.

KALAU TAK SETUJU DENGAN PRESIDEN, LETAK JAWATAN, sebagaimana yang pernah berlaku pada UMNO dan PPP.

Nik Aziz jadilah Musyidur Am PKR atau DAP pula. Apa salahnya. Masuk Pakatan kan mulia!!!

4. Nik Aziz sebenarnya malu dengan perjuangannya sebelum ini. Menerima terus UMNO bererti PAS tewas dan gagal.

Mat Sabu sebagai ayam tambatan PAS pun akan menjadi ayam makan kapur dan terberak cair. Kerja Mat Sabu ialah seperti yahudi- memburukkan orang Islam.

5. Nik Aziz perlu letak pendirian yang jelas.

Kenapa dia tidak mahu bersatu- adakah Islam mengharamkan perpaduan?

6. Nik Aziz berada di dalam dilema dan di pihak yang salah. Nik Aziz menegak benang yang basah.

Sebelum ini Nik Aziz dan Hadi menyifatkan sumpah Saiful Bukhari sebagai sumpah Kristian, kali ini apa pandangannya mengenai sumpah Saiful!!!

YANG SALAH TETAP SALAH DAN YANG BENAR TETAP BENAR.

abe MIE- Nik Aziz sudah jadi 'keling' berkulit sawa matang yang tinggal di Kelantan. Selalunya keling tinggal di Lembah Kelang, tetapi Nik Aziz adalah keling yang sudah 'murtad' dari keling HINDHU. Nik Aziz sembah Allah, sembahyang mengikut kiblat, mengamalkan hidup Islam, pergi Mekah ...namun bila bercakap mengenai kebenaran dan membuat fitnah, Nik Aziz boleh jadi murtad politik. abe MIE- Kenapa agaknya Nik Aziz tak kata- HARAM MENERIMA UMNO sebagaimana orang PAS Terengganu dan Kelantan mengamalkan fatwa Hadi- HARAM MAKAN BERSAMA ORANG UMNO DAN MENYEMBAHYANG JENAZAH ORANG UMNO!!!! Apa komen pembaca? Diam aje. Terberak kapur macam Mat Sabu juga ke!!!

Monday, June 22, 2009

AKHIRNYA HADI AWANG MENOKTAHKAN ISU KERAJAAN PERPADUAN

Siapa mencadang dan siapa menoktahkannya?

Bukan UMNO sebaliknya PAS sendiri.

Majlis Presiden Pakatan Rakyat hari ini menegaskan pihanya menolak sebarang usaha membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno.

Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang sendiri menyatakan, dalam isu Kerajaan Perpaduan, Umno telah menjalankan fitnah yang jahat dan dengan itu pihaknya bertegas tidak lagi mahu membincangkan pembentukan kerajaan tersebut.

Apa yang diusahakan sebelum ini disalah tafsir oleh kepimpinan Umno/BN untuk memfitnah PAS dan pakatan pembangkang semata-mata memecahbelahkan hubungan pakatan, katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media bersama Sekretariat Majlis Presiden Pakatan Rakyat di Bilik Ketua Pembangkang, Bangunan Parlimen hari ini.

Turut hadir ialah, Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub; Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali dan Dato' Seri Nizar Jamaluddin.

Sementara di pihak KeADILan, Presiden, Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan, Dr Syed Husin Ali; Naib Presiden, Azmin Ali dan Sivarasa Rasiah; anggota MT KeADILan, Saifuddin Nasution, dan di pihak DAP pula, Setiausaha Agungnya, Lim Guang Eng; Dato' Ngeh Ko Ham.

Sementara itu, Anwar yang membacakan kenyataan mewakili Pakatan Rakyat menyebut, akatan Rakyat menolak pengwujudan kerajaan perpaduan.

"Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk kerajaan persekutuan akan datang," katanya.

Majlis pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan kerajaan Perpaduan dengan Umno/BN, yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan serta tindakan terdesak Umno mengugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat, tegas Anwar.

Menyokong pandangan itu, Salahuddin Ayub pula menyatakan kenyataan tersebut sebenarnya adalah muktamad dan ini bermaka tidak akan ada lagi 'unity talk' dengan Umno.

Malah Salahuddin kelihatan gembira dengan perkembangan itu yang seterusnya dilihat akan membuatkan Umno kelemasan.

Seorang lagi Naib Presiden PAS, Mahfuz pula memberi analogi bahawa 'Umno kini kehilangan tabung oksigen' apabila isu kerajaan perpaduan ini telah ditamatkan dengan kenyataan pimpinan pakatan.

Kenyataan itu juga sebagai satu usaha menutup talian hayat yang ada pada Umno/BN yang selama ini mengucarkacirkan pakatan dnegan penyelewengan isu kerajaan perpaduan, ujarnya.