Showing posts with label PKR.Selangor. Show all posts
Showing posts with label PKR.Selangor. Show all posts

Monday, September 7, 2009

MENTERI BESAR BARU SELANGOR, AZMIN ALI ATAU HASSAN ALI?

Analisis Kumbang

Angin perubahan bertiup kencang di bumi Selangor. Bumi yang melihat tangisan warganya yang menderita dan menangis di bawah pemerintahan Pakatan Pembangkang. Semalam, Tan Sri Khalid Ibrahim dimalukan oleh penduduk Seksyen 23 dengan perkataan 'MB bodoh’ dan 'Khalid Babi’ dalam sesi dialog isu pembinaan kuil di Dewan Bankuet Wisma Majlis Bandaraya Shah Alam.

Sedikit pergeseran berlaku apabila isu sensitif mula dibangkitkan oleh peserta dialog dan menimbulkan ketegangan sehingga dialog terpaksa diberhentikan dengan Khalid sekali lagi berjanji untuk menyelesaikan isu berkenaan ala Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang senantiasa berjanji untuk menyelesaikan masalah penduduk Kampung Buah Pala dan ditepati beliau dengan lenyapnya Kampung Buah Pala di peta negeri Pulau Pinang.

Pergeseran yang berpunca daripada isu sensitif ini Kumbang rasa boleh dielakkan dengan kebijaksanaan kerajaan negeri memahami aspirasi penduduk seksyen 23 yang terdiri daripada pelbagai agama. Malangnya keputusan dibuat secara terburu-buru dan segala bantahan tidak diendahkan serta segala kesalahan dicampakkan ke bahu lawan mereka UMNO yang mereka katakan sengaja menimbulkan kekecohan. Hal ini menyebabkan rakyat semakin meluat dan inginkan perubahan drastik dalam kepimpinan kerajaan negeri Selangor.

Angin perubahan ini dirasai dengan tiba-tiba satu sms singgah di telefon bimbit rakan blogger Kumbang, Pisau yang berbunyi seperti di bawah :

UNTUK SEBARAN SEGERA !

TRAGEDI PERAK AKAN BERULANG DI SELANGOR ! Marilah kita sama2 berdoa agar kerajaan rakyat pimpinan ts khalid kekal memerintah slgr.Sumber dari pejabat DSAI mengatakan 11 adun PR akan keluar parti dan akan jadi adun bebas. 5 pas,3 pkr dan 3 dap. Ini semua kerja jahat BN. Jika tiada pilihan ts khalid akan mengadap sultan hari selasa ini utk mohon bubarkan dun. Semua cabang dan ranting diminta bersedia utk gerakan jentera p/raya.. Sama2 kita pertahankan kerajaan rakyat selangor drp terus menjadi mangsa politik jahat BN.

Sms ini antara lain membuktikan penubuhan kerajaan negeri yang baru kini giat berlangsung di Selangor yang mana kepimpinan Khalid Ibrahim akan ditunjukkan jalan keluar oleh adun-adun yang memahami aspirasi rakyat.

Perjumpaan Hassan Ali dengan Sultan Selangor semalam juga menimbulkan pertanyaan adakah ia sekadar taklimat penguatkuasaan arak di Selangor atau perbincangan mengenai penubuhan kerajaan negeri baru dengan Hassan Ali sebagai menteri besar?

Hal ini diperkuatkan lagi dengan Hassan Ali dikatakan mengelak untuk ditemubual wartawan di perkarangan istana. Seolah-olah sesuatu hal penting dibincangkan dan bukan hanya sekadar sebuah taklimat.

Krisis dalam PKR melibatkan Khalid Ibrahim dan Azmin Ali kian hangat apabila Khalid Ibrahim dikatakan disingkir kedudukannya sebagai Ketua Cabang(bahagian) Selangor yang menjadikan Khalid sebagai Menteri Besar tanpa jawatan di peringkat cabang atau bahagian. Hal ini ternyata menyebabkan Khalid Ibrahim boleh dipertikaikan kedudukannya sebagai Menteri Besar.

Perkara ini menyebabkan dalam PKR sendiri menyaksikan usaha mengangkat Azmin Ali sebagai menteri besar giat dijalankan untuk mengelakkan adun-adun dalam Pakatan Pembangkang mengalihkan sokongan mereka.

Perkara ini antara lain menyaksikan dua individu kini dikatakan berpotensi dan bersaing untuk menjadi Menteri Besar dalam angin perubahan di negeri Selangor iaitu Hassan Ali dan Azmin Ali. Yang mana Kumbang pasti, 2 individu ini ternyata jelek dengan pemerintahan boneka Khalid Ibrahim yang membebankan dan menjadikan rakyat Selangor kian menderita.

Kita tunggu siapa yang akan menjadi Menteri Besar Selangor selepas ini. Samada Hassan Ali atau Azmin Ali. Apa yang pasti hal ini akan menyebabkan Anwar Ibrahim semakin risau dan ketakutan melihatkan sokongan yang berkurangan dari kalangan rakyat dan parti gabungan yang diketuai beliau.

Musa Hassan dilanjutkan kontrak, Selangor terlepas dan mungkin Kedah selepas ini membuatkan Anwar Ibrahim semakin tidak keruan dan impian menjadi Perdana Menteri mungkin tinggal angan-angan.

"Kuasa Rakyat,Kuasa Keramat"

Monday, July 13, 2009

AZMIN ‘PUKUL ANAK SINDIR MENANTU’

Oleh Zainal Yusof (citra _bangsa@yahoo.com)

APABILA Naib Presiden PKR, Azmin Ali mencadangkan rombakan barisan Exco Kerajaan Negeri Selangor, DAP mula terkejut. Namun Pas hanya berdiam diri tetapi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim khabarnya tidak dapat lena dibuatnya.

Sebenarnya, orang PKR semua tahu bahawa Azmin yang juga ADUN Bukit Antarabangsa adalah orang yang paling berkuasa dalam PKR selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim. Biasanya apabila Azmin bercakap, ia adalah suara Anwar Ibrahim. Disebabkan Anwar kini sedang sibuk untuk ‘melarikan diri’ dari pendakwaan tuduhan kes liwat terhadapnya, menyebabkan Azmin kedepan dalam hal seperti ini.

Azmin tentunya nampak kelemahan Khalid sebagai Menteri Besar. Azmin memang disebut-sebut bakal Menteri Besar Selangor bagi mengantikan Khalid tetapi Khalid menafikannya. Orang PKR tentunya tahu, Azmin lebih awal berada di dalam PKR jika dibandingkan dengan Khalid.

Namun Khalid diperlukan kerana Khalid antara jutawan yang banyak membantu Anwar dan PKR ketika Anwar dalam kesengsaraan sewaktu awal-awal dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dahulu.

Siapa juga yang membantu Anwar, Azmin tahu. Azmin adalah SUSK Anwar ketika Anwar menjadi Menteri dan menjadi Timbalan Perdana Menteri. Hubungan Azmin yang rapat dengan Anwar menyebabkan apa yang Azmin cakap biasanya ‘itulah yang Anwar setuju’.

Tidak hairanlah kalau ramai yang meninggalkan PKR kerana mereka tidak ‘dapat menerima’ Azmin sebagai orang paling berkuasa dalam PKR.

Cubalah bertanya dengan Datuk Nallakaruppan, Mohd Ezam Md Nor dan Abdul Rahman Othman. Mereka tentunya boleh menceritakan ‘siapakah Azmin’ dalam PKR. Kalau menentang cakap Azmin, ibarat menentang cakap Anwar, cerita mereka.

Jadi, ada yang mengatakan jika Azmin mendesak supaya barisan Exco Kerajaan Negeri Selangor dirombak, ia bukan satu kenyataan ‘diangin lalu’ sahaja. Desakan itu tentulah sudah dibincang terlebih dahulu dengan Anwar. Mustahil Anwar tidak tahu apa yang mahu Azmin perkatakan dan jika Anwar tidak tahu, belum pasti beliau tidak bersetuju dengan desakan itu kerana ia datangnya dari Azmin.

Pengerusi DAP Selangor, Ean Yong Hian Wah tidak perlu terkejut. Jika Azmin lakukan ini, mungkin kerana Azmin mahu memberitahu Dap di Selangor, keberanian Azmin melebihi keberanian DAP di Kedah yang hanya bertindak keluar dari Pakatan Pembangkang sehanya seminggu.
Lagipun, jika DAP terasa dengan kenyataan Azmin, ia mudah diselesaikan yang mustahak mesej yang mahu Azmin sampaikan ialah kepimpinan Menteri Besar Selangor tidak bermaya, walaupun desakan merombak barisan Exco itu hanyalah dilihat sebagai ‘pukul anak sindir menantu’.

Azmin sebenarnya mendesak Khalid. Sama ada Khalid faham atau tidak, khabarnya lena Khalid kini sudah terganggu. Maklumlah, yang menegur kepimpinan ini bukan calang-calang orang.

Khalid tidak pernah gentar. Malahan, sergahan SPRM terhadapnya sudah dilawannya sampai saman-menyaman. Tetapi apabila Azmin yang menegur, Khalid sudah terbayang dia bakal ‘makan pencen’ dalam politik, serentak dengan desas-desus yang mengatakan dia bakal mengosongkan kerusi Parlimen Bandar Tun Razak bagi memberi laluan kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim bertanding di situ.

DAP pula beranggapan Azmin menyerang Ronnie Liu Tian Khiew yang bertanggungjawab terhadap PBT di seluruh Selangor. Apa yang Azmin bangkitkan ada hubungan kaitnya dengan perlantikan Ahli Majlis yang menimbulkan rasa tidak puashati PKR. Namun, DAP menyifatkan kesilapan PKR sendiri yang menyebabkan wakil PKR tidak dapat diisi sebagai Ahli Majlis.

Sehubungan dengan itu, Ketua Pembangkang Dewan Negeri Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo pula berpendapat desakan merombak barisan Exco tidak terhad kepada Exco sahaja sebaliknya menukarkan Khalid dari jawatan Menteri Besar kepada orang lain kerana Khalid dianggapnya sebagai gagal melaksanakan tugasnya mentadbir negeri.

Monday, November 17, 2008

YEEH...MARI SOKONG PKR!

Memang Pakatan Rakyat khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) memperjuangkan hak rakyat.
Kerana itu sewa rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di negeri Selangor yang ditadbir PKR dinaikkan kepada RM250 sebulan Julai lalu kepada sewa asal RM124 sebulan.

Yang pasti kini penghuni PPR di Selangor menanggung beban kenaikan RM126 sebulan sedangkan majoriti penghuni dan penyewa di perumahan itu berpendapatan rendah.

eputusan menaikkan kadar sewa kira-kira 6,200 unit PPR di Selangor itu diputuskan Mesyuarat Exco kerajaan negeri Julai lalu bagi menampung kekurangan pendapatan RM3 juta.

Berikutan keputusan itu, lebih 100 penduduk yang mewakili penduduk PPR Seksyen 8 Kota Damansara dan Lembah Subang pada 7 November lalu mengadakan demonstrasi di depan pintu masuk Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan menghantar memorandum bantahan kepada kerajaan negeri.

Mereka kecewa dengan tindakan Kerajaan Negeri Selangor menaikkan kadar sewa kediaman mereka daripada RM124 kepada RM250 sebulan.

Mereka menyifatkan kenaikan berkenaan sebagai menambah beban kewangan dan tidak selari dengan konsep negeri berkebajikan yang diuar-uarkan oleh pimpinan pembangkang.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Bantahan Kenaikan Sewa PPR Kota Damansara dan Lembah Subang, Johari Nander berkata, tindakan kerajaan negeri itu tidak wajar kerana majoriti penduduk di dua kawasan berkenaan berpendapatan kurang daripada RM600 sebulan.

Jumlah pendapatan itu, katanya, di bawah garis kemiskinan seperti yang ditetapkan oleh kerajaan negeri iaitu RM1,500.

Sebenarnya semua harga sewa PPR yang dibangunkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di seluruh negara mesti dikekalkan kepada RM124 sebulan tanpa sebarang alasan.

Walaupun negara menghadapi masalah kenaikan harga barang berikutan kesan ekonomi global, ia tidak boleh dijadikan alasan menaikkan kadar sewa rumah PPR kerana ia akan menyebabkan penduduknya tertekan.

Kerajaan Pusat sudah mengkaji perkara itu dan mendapati ia akan menambah beban penghuni yang memang diketahui mempunyai pendapatan rendah dan miskin.

Kerajaan berusaha menambah bilangan projek PPR dan mensasarkan membina 150,000 unit menjelang Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10).