Showing posts with label Paklah. Show all posts
Showing posts with label Paklah. Show all posts

Tuesday, November 4, 2008

ABDULLAH BERDENDAM MUHYIDDIN?

Benarkah demikian?

Bolehkah dengan satu kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi di Kota Kinabalu tempoh hari, kita merumuskan demikian?

Kalau betul marah, kenapa tidak dilontaran keluar Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin tu daripada Kabinet?

Perdana Menteri takut Muhyiddin akan dapat simpati?

Apapun, tulisan berikut untuk sama-sama kita renungkan bukan sahaja cerita antara Abdullah dan Muhyiddin tetapi juga peranan portal berita The Malaysian Insider.

Bacalah:

THE MALAYSIAN INSIDER VS DATA KEMUNGKARAN ABDULLAH

(http://politica-net.blogspot.com)

3 November 2008

Kebelakangan ini nampak sangat Abdullah Badawi seolah-olah berdendam dengan Muhyiddin Yassin. Apa halnya? Apa yang tak kena dengan Muhyiddin sampai Abdullah mati-mati sangat nak burukkan Muhyiddin?

Apa dia sebabnya? Pasal Muhyddin vokal mengenai UMNO pasca PRU12? Sebab Muhyiddin mewakili suara akar umbi? Sebab Muhyiddin mengatakan yang benar?

Kisah Abdullah mendendam Muhyiddin ni memang tak tersiar dalam akhbar perdana. Tapi ada sebuah portal berita internet yang sering kenen-kenen citer Muhyiddin. Portal ni dipercayai dikendalikan oleh seorang Hamba Allah yang pernah menjadi boss di NST. Kata orang, sidia tu sahabat Kalimullah, sahabat KJ. Kata sesetengah pihak yang lain, sidia tu juga member Temasik.

Sebab itulah portal berita internet ni sering menyiarkan berita yang kononnya diperolehi daripada empat tembok bilik mesyuarat UMNO Malaysia di Kuala Lumpur dan bilik mesyuarat Jemaah Menteri di Putrajaya.

Sebenarnya memang tak masuk akal kalau Abdullah geram dengan Muhyiddin pasal Muhyiddin mewakili suara akar umbi. Sebabnya, apa yang Muhyiddin cakap adalah keluhan dan rintihan warga UMNO akar umbi.

Contohnya, warga UMNO banyak yang termangu-mangu, kenapakah Abdullah nak sangat-sangat pemilihan pucuk pimpinan tertinggi UMNO diadakan pada mac 2009. Bukankah ini satu keputusan yang tak masuk akal dan tak lojik?

Abdullah tak sedarkah keputusan itu akan menyebabkan calon-calon desperado mengamalkan politik wang habis-habisan? Abdullah tak terfikirkah keputusan ni akan sebabkan UMNO hilang kredibiliti?

Kalau gitu, salahkah Muhyiddin selaku Naib Presiden UMNO menyuarakan sesuatu yang benar? Nak harapkan Naib Presiden UMNO yang lagi satu tu, sidia tu kaki ampu dan kaki bodek nombor satu. Nak harapkan Ketua Penerangan, sidia tu pun dua kali lima.

Jadi, salahkah kalau Muhyiddin yang bersuara? Atau, adakah Muhyiddin berdosa semata-mata sebab dia dikatakan menerima sokongan Tun Mahathir Mohamad?

Kita pun dengar dan kita pun tahu akan banyak kisah di mana Abdullah sebenarnya mahukan Ali Rustam lanyak Muhyiddin kali ni. Sebab tu Abdullah sendiri dikatakan ada buat panggilan telefon kepada sesetengah ketua bahagian mengarahkan Ali Rustam diberikan pencalonan Timbalan Presiden UMNO.

Janganlah nak nafikan cerita ni. Kalau Abdullah ada The Malaysian Insider, kita pun ada hantu tembok yang boleh bagi info. Kalau tak percaya, tanyalah Abdullah, hari ini ada berapa data maklumat sudah terhimpun mengenai diri Abdullah dan keluarganya. Macam-macam ada dalam data maklumat tu. Kalaulah seluruh data ni dilepaskan kepada rakyat Malaysia, lunyai Abdullah jadinya!

Oleh itu, Abdullah perlu ingat. UMNO ni milik ahli-ahlinya. Kalau Muhyiddin menyampaikan keluhan dan kekecewaan ahli-ahli UMNO, tindakan itu jangan dimarahi. Kalau nak marah, bubarkan UMNO atau jadikan UMNO parti anak beranak atau parti sendirian berhad!

Insaflah Abdullah. Kalau anda ada the The Malaysian Insider untuk lanyak Muhyiddin, rakyat jelata ada banyak data maklumat sahih yang menyimpan pelbagai karenah dan kemungkaran anda sekeluarga. Makanya, eloklah anda berundur esok atau lusa. Jangan tunggu lama-lama, nanti anda kena selsema akibat serangan data-data kemungkaran anda yang kategori A1 tarafnya!

Saturday, October 18, 2008

NAJIB KENA BELASAH DEPAN BELAKANG

Selepas Najib dibelasah cukup-cukup dengan pelbagai isu, kini Rosmah pula yang dijadikan sasaran.

Bukan sekadar tuduhan rasuah dan kaitannya dengan kes Altantuya tetapi Datin Seri Rosmah Mansor ini ‘ditelanjangkan’ sepuas-puasnya peribadinya untuk memperkecil dan menjejaskan imej Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Dengan kata lain, isu Rosmah kini semakin geger dan menjadi isu nasional kalaupun tidak antarabangsa.

Saya turut terbaca dalam satu tulisan oleh Bekas Budak Tingkat 37 PWTC pada blog http://ohsedapnya.blogspot.com bertajuk “PAK LAH TERPAKSA & DIPAKSA” ada menyebut;

“Ketika bermesyuarat dengan Dr Mahathir sekitar 1999 yang turut disertai Tun Daim Zainuddin, apabila nama Najib diajukan, Dr Mahathir berkata “kalau beri pada Najib, Rosmah yang memerintah!”

Apa pun ikuti dua rencana berikut bagaimana Rosmah digambarkan sebagai wanita ‘hodoh’ yang akan menjadi Wanita No.1 Negara.

1. Menjejaki Diari Rosmah,
Yang Bakal Ditabalkan Wanita Nombor Satu Negara !
( pahangdaily (17 Oktober 2008)

Rakyat Malaysia kini semakin ternanti-nanti seorang manusia yang bakal ditabalkan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baru. Jika dulu ayahandanya Tun Razak menjadi Perdana Menteri Ke-2 selepas Tunku Abd Rahman Putra Al-Haj dan bergelar "Bapa Pembangunan", maka tidak lama lagi anakandanya iaitu Najib Tun Razak bakal menjadi orang nombor satu negara.

Biarpun pedih di hati, namun hakikatnya perlu ditanggung juga. Najib bakal mengambil alih kepimpinan negara menerusi agenda "peralihan kuasa" Pak Lah yang dijangka bermula Mac 2009 ini. Maka itu, hebohlah rakyat Pahang memperkatakan hal ini. Ada yang seronok dan berbangga dengan kenyataan ini, malahan ada pula yang mencemuh dan tidak tergamak menerima Najib sebagai seorang Perdana Menteri Malaysia yang baru. Namun begitu, dalam ramai-ramai rakyat Malaysia yang menantikan detik bersejarah ini namun terdapat seorang manusia yang khabarnya sudah tidak dapat tidur lena.

Siapa lagi kalau bukan Rosmah Mansor, wanita yang senantiasa mendampingi Najib walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Jarang benar kita melihat Rosmah, meninggalkan Najib hatta dalam majlis-majlis rasmi sekalipun. Malahan kita juga selalu melihat kelibat beliau ketika majlis sidang media ataupun ketika Najib menyampaikan hadiah dan cenderahati di atas pentas. Rosmah seolah-olah menbayangi Najib.

Beliau seakan takut Najib tersilap langkah, maka buruk padahnya. Umum mengetahui bahawa Rosmah terlalu "boros berbelanja", bahkan ada yang menyamakan beliau dengan bekas Presiden Filipina Imelda Marcos. Sikap beliau yang senantiasa disisi Najib membuatkan ramai yang mengganggap bahawa beliau "queen control". Apapun hanya Najib sahaja yang tahu sikap sebenar isteri kesayangannya itu.

Ramai yang tidak tahu kisah sebenarnya bagaimana Rosmah berjaya mendapatkan Najib dari bekas isterinya Tengku Puteri Zawiah iaitu seorang kerabat raja sebuah negeri di Pantai Timur. Ketika itu Najib adalah MB Pahang pada usia mudanya. Menurut maklumat Rosmah sentiasa berkunjung ke pejabat MB untuk bertemu Najib. Beliau dibawa oleh rakan karibnya iaitu Maznah Mazlan yang kini menjadi Timbalan Menteri dan ADUN Muadzam Shah.

Khabarnya, boleh dikatakan setiap hari Rosmah mengadap Najib, dan setiap kali itulah hanya Rosmah yang dibenarkan naik ke Pejabat MB, lain-lain orang tidak dibenarkan. Kejadian itu berlaku agak lama, hinggakan MB Najib ketika itu terpaksa mengarahkan pihak-pihak tertentu mengalihkan kenderaan MB untuk membuktikan beliau tiada di pejabat setiap kali Rosmah datang. Peliknya, Maznah hanya menunggu di lobi Wisma Sri Pahang tempat kejadian ini berlaku.

Hubungan pelik Rosmah yang datang ke Pejabat ini berlarutan agak lama, hinggalah ditemui isteri Najib dikatakan terkena penyakit misteri yang sukar diubati. Maka itu akhirnya, Najib menceraikan isterinya dan sanggup berkahwin dengan Rosmah setelah membayar sekian harga kepada pemilik Rosmah ketika itu (seorang selebriti terkenal). Entah berapa harga yang dibayar kita pun tidak pasti, mungkin ratus ribu atau juta agaknya. Akhirnya berjayalah Rosmah memiliki Najib, dan menurut maklumat maka bermulalah agenda Rosmah untuk menjadi orang nombor satu. Ini didedahkan kepada rakan-rakan rapatnya dan juga Maznah Mazlan. Berbanggalah Rosmah kerana memiliki lelaki seperti Najib Razak, seorang anak bekas Perdana Menteri yang amat disayangi rakyat dulu.

Hasratnya menjadi nombor satu tercapai seketika tatkala isteri Perdana Menteri Pak Lah, iaitu Hindon meninggal dunia akibat penyakit barahnya. Namun, perjalanan Rosmah sedikit terhalang selepas Pak Lah berkahwin kali kedua dengan Jeane Abdullah. Akhirnya hajat itu terbantut, namun usahanya tetap berjalan. Beliau terus melangkah dan melangkah, segala yang menghalang Najib pasti akan diketepikan. Maka wujudlah berbagai skandal yang mengaitkan namanya seperti kes Altantunya, isu pembelian kapal selam dan jet sukhoi, isu pakaian seragam pelatih PLKN dan banyak lagi. Perjalanan Rosmah sedikit terencat dengan isu-isu ini. Namun, baginya perjalanan semakin hampir cuma masanya belum tiba.

Akhirnya kini, Rosmah sudah hampir berada dikemuncaknya. Kelibat beliau lebih hebat dari mana-mana isteri raja-raja Melayu atau Perdana Menteri sebelum ini. Kemana Najib pergi, maka beliau tetap akan mengekorinya. Beliau terlalu marah jika wajahnya tidak dipaparkan dimedia ketika beliau berada bersama Najib dalam mana-mana acara rasmi. Pernah terjadi sebuah stesyen televisyen swasta di beri surat "tunjuk sebab", gara-gara mengambil gambar Najib dengan ternampak hanya tangannya sahaja di kaca TV. Rosmah tidak suka ini terjadi, beliau memberi amaran "tunggulah beliau jadi wanita nombor satu negara nanti".

Katanya itu masih terpahat dikalangan wartawan media terbabit. Mereka takut dengan amaran Rosmah. Beliau kini sedang mengatur strategi agar tidak ada orang yang menggagalkan rancangannya itu. Jika ada pasti "dipastikan" mereka akan gagal termasuklah Pak Lah, Anwar dan lain-lain lagi. Masa semakin tipis dan beliau harus berwaspada. Khabarnya beliau sudah mula berangan-angan untuk berada di Pejabat Perdana Menteri, bukannya Najib.

Bagi memastikan semua pihak berbuat baik dengannya, maka itulah beliau telah membelikan jam-jam tangan yang nilainya jutaan ringgit untuk diberikan kepada isteri-isteri pembesar negara dan raja-raja Melayu. Beliau sanggup lakukan semua ini demi mendapat sokongan dan yakin Najib akan menjadi orang nombor satu negara dan beliau bakal ditabalkan sebagai "wanita nombor satu".

Apakah hasratnya itu akan tercapai?. Rakyat dapat membayangkan, apakah akan terjadi jika beliau berjaya dengan impiannya ini?. Ada yang gusar dan takut apakah yang akan berlaku kepada rakyat terutamanya musuh Najib dalam pakatan pembangkang. Semua ini bakal terjawab dalam masa terdekat ini. Apapun, tidurnya sedikit "tidak lena" bila melihat mahkamah membicarakan Kes Hasutan Raja Petra yang kini ditahan ISA. Apakah ini maknanya Rosmah dan Najib akan dipanggil sebagai saksi selepas ini?.

Terdapat juga khabar angin, Mahathir ada memberi "kata dua" kepada Najib, jika beliau ingin mengejar impiannya itu beliau harus "lepaskan Rosmah". Ini kerana Mahathir tahu siapa Rosmah dan apakah kaitannya dengan skandal-sakandal yang dimaksudkan. Apapun, sama-samalah kita nantikan perjalanan Rosmah sebagai "wanita nombor satu" selepas ini.
Terkadang kita naik hairan dan pening melihat kelibat Rosmah yang senantiasa disisi Najib. Beliau seolah-olah takut najib akan meninggalkannya atau melakukan sesuatu yang akan menggagalkan hasratnya itu.

Sama-samalah kita berdoa agar Rosmah akan diberikan kesedaran untuk kembali ke pangkal jalan dan mengenali dirinya sebelum beliau menjaga perasaan rakyat. Bagaimana harus Najib dan Rosmah menjadi "nombor satu" sedangkan dalam masa yang sama rakyat diseluruh pelusuk negara baik di kampung, di bandar dan di desa mula sangsi akan penglibatannya dalam kes-kes berkenaan. Beliau tidak mahu ke mahkamah, hanya ahli parlimen BN sahaja yang mempertahankan bahawa Najib sudah mengaku tidak bersalah maka kenapa lagi mahu dituduh !. Punyalah bangangnya ahli parlimen BN ini. Jika begitu Anwar pun kata dia tak bersalah, kenapa pula mahkamah mendakwanya? Bezanya rakyat tak percaya kes Anwar tetapi yakin dan percaya kes Najib

2. Antara Tengku Puan Pahang Dan Rosmah,
Siapa Lebih Islamik?
(pahangdaily 18 Oktober 2008)@

Rakyat Pahang ternanti dua wanita yang bakal menjadi nombor satu, satunya Rosmah Mansor yan bakal menjadi isteri Perdana Menteri dan satu lagi ialah KDYMM Tengku Puan Pahang, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar yang bakal menjadi Permaisuri Sultan Pahang suatu hari nanti. Kedua-duanya bakal bertemu di Pekan dan dimana-mana jua dalam majlis-majlis rasmi. Namun, masa untuk Rosmah lebih jelas dari Tengku Puan Pahang. Cuma apa yang membezakan kedua-dua wanita ini ialah sifat dan sikapnya. Rosmah dilihat cukup boros dan suka bergaya yang mewah-mewah.


Beliau tidak suka ada orang lain lebih bergaya darinya biarpun orang itu lebih cantik dan seksi darinya.
Pernah berlaku salah seorang isteri pembesar Angkatan Malaysia, diajak bershoping dengan Rosmah diluar negara. Khabarnya isteri pembesar terbabit terlihat sepasang baju yang cukup cantik dan amat sesuai dengan potongan badannya yang seksi itu. Namun, belum sempat beliau ingin membeli baju tersebut, begitu pantas Rosmah membelinya dulu. Peliknya, beliau bukan beli untuk dipakai. Tetapi beli atas dasar sakit hati jika melihat isteri pembesar terbabit bergaya anggun dengan memakai baju tersebut.

Baginya, biar dua-dua kempunan, asalkan beliau bahagia. Sikapnya ini jauh sekali berbeza dengan imej, ketrampilan dan gaya yang ditonjolkan oleh Tengku Puan Pahang yang nampak lebih lembut, berkhemah dan manis dengan senyuman. Jika dibezakan antara Rosmah dengan Tengku Puan Pahang, jauh pangang dari api. Bagi rakyat Pahang yang senantiasa mendampingi Tengku Puan Pahang pasti akan yakin dan bersetuju dengan kenyataan ini. Rosmah nampak agak sombong dan kurang senyuman jika berbanding dengan Tengku Puan yang lebih ayu, ceria dan penyayang.


Penampilan Tengku Puan Pahang tampak lebih anggun dan Islamik sejak akhir-akhir ini iaitu sejak beliau kembali dari menunaikan fardhu haji beberapa tahun lalu. Beliau kini sudah bertudung dan cukup menarik mata memandang berbeza dengan Rosmah yang masih "rambut terburai" dan tidak menutup aurat.

Jika insan yang berstatus darah raja pun tahu kewajipan menutup "aurat", mengapakah Rosmah tidak mahu mencontohinya walhal Malaysia adalah negara Islam hadhari. Senario ini samalah dengan apa yang berlaku antara isteri Agong dan dua-dua isteri Pak Lah Hadhari. Apakah ini melambangkan imej negara Islam yang dicanang-canangkannya selama ini. Terkadang kita lihat isteri PM dengan TPM langsung tidak mencerminkan Islam Hadhari. Namun itulah hakikatnya mereka ini. Rosmah juga dilihat berlebihan dari segi gaya dan penampilan, hingga mengalahkan kerabat raja. Justeru itu sama-samalah kita fikirkan apakah beliau layak menjadi wanita nombor satu negara?


Hairan dengan sikap jabatan-jabatan kerajaan di Pahang yang masih memaparkan wajah Tengku Puan yang lama walhal beliau kini sudah bertudung. Justeru itu diharapkan agar pihak terbabit menukar semua gambar-gambar rasmi yang tergantung di pejabat dan jabatan masing-masing untuk memberi penghormatan kepada Tengku Puan Pahang. Sesungguhnya Tengku Mahkota Pahang dan Tengku Puan Pahang adalah raja yang lebih berjiwa rakyat daripada Najib dan Rosmah. Sikap keterbukaaan mereka amat disenangi dan disayangi oleh rakyat Pahang. Daulat Tuanku !! ]

Saturday, October 11, 2008

TIADA APA BOLEH DIHARAPKAN DRP NAJIB

Datuk Seri Mohd Najib Razak semakin digambarkan sebagai pemimpin lebih teruk daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Sebelum mengambil alih jawatan, kontroversi dirinya, isterinya serta anak-anaknya dijadikan bahan untuk dijadikan sebab kenapa beliau tidak layak untuk dijadikan Perdana Menteri Ke Enam.
Pemimpin Pas mahu gegerkan bahawa Najib tidak layak. Benarkah beliau tidak layak?











Baca apa yang diperkatakan oleh penulis berikut:
Oleh Idris Ahmad, AJK PAS Pusat

1. Sudah rasmi Datuk Seri Abdullah berundur pada bulan Mac 2009. Beliau
membuat kenyataan secara rasmi pada 8/10/2008 selepas bertemu dengan pimpinan
tertinggi Barisan nasioanl. Tamatlah spekulasi mengenai tarikh peralihan kuasa.
Sepatutnya peralihan kuasa yang telah dipersetujui oleh MKT Umno bermula pada tahun
2010 telah dipercepatkan dengan desakan daripada berbagai pihak terutama di
kalangan Majlis Tertinggi Umno dan pimpinan tertinggi BN.
Punca desakan ialah kerana keputusan PRU 12 , BN kalah teruk dan tidak dapat 2/3 di parlimen serta ekonomi semakin menguncup dengan kadar inflasi meningkat 8.5% sejak ogos 2008. Lebih ngeri lagi BN akan kehilangan kuasa pada PRU 13, justeru itu presiden sekarang mesti berundur.

2. Biasalah dalam Umno mereka bergaduh kerana harta dan takhta. Bukan kerana masalah rakyat yang dihimpit kesusahan dan kesempitan hidup. Apabila matlamat
mereka adalah kuasa untuk kumpul khazanah negara bagi kepada anak beranak terganggu maka mereka bergaduh sesama sendiri. Inilah Umno, dah terang lagi bersuluh.


3. Ini bermakna Datuk Seri Najib Tun Razak adalah orang yang bakal ke Seri Perdana dan menjawat jawatan PM dan Presiden Umno pada Mac 2009.

4. Datuk Seri Najib ia akan membawa stail kepimpinan beliau seperti Tun Dr Mahathir, terutama dalam isu Islam. Tentu rakyat ingat beliau pernah mengatakan bahawa pelajar diserang dengan sindrom qiamullail dan mengatakan bahawa sekolah agama rakyat adalah sarang pengganas. Pemikiran inilah yang beliau istiqamah seperti Tun Dr Mahathir. Jadi Pas kena bersiap sedia untuk menyanggah arus ini.

5. Rakyat Malaysia jangan pula tertipu macam kita ditipu dalam pilihanraya 2004, sewaktu rakyat begitu marah dengan Dr Mahathir yang merosakkan seluruh sistem semasa beliau berkuasa 22 tahun sebagai Perdana Menteri. Sistem kehakiman, negara polis, dasar ekonomi yang merosakkan orang Islam, dasar bahasa kebangsaan dengan memperkanalkan metemathik dan sains dalam bahasa inggeris, persempadan semula yang merugikan orang Islam, menamatkan bantuan perkapita Sekolah Agama Rakyat yang dianggap sebagai sarang pembangkang dan banyak algi kalau hendak disebut. Sekarang ini apa yang beliau kritik semuanya hasil kesilapan beliau. Allah akan panjang umurnya untuk melihat akibat daripada dasar yang beliau lakukan selama ini.


6. Apabila Datuk Seri Abdullah mengambil alih kuasa pada Oktober 2003 maka rakyat anggap ini adalah satu perubahan akan berlaku kepada negara. Dengan imej sebagai orang yang lembut, anak ulama’ dan harapan baru untuk Malaysia ditambah dengan slogan Islam hadhari maka keputusan cemerlang di pihak BN pada PRU 2004.
Sedangkan apa yang berlaku selepas itu beliau melanjutkan apa yang Dr Mahathir buat dan rakyat semakin menderita dan rakyat tunjukkan melalui penolakan BN melalui peti undi.


7. Kita mengharapkan rakyat jangan ada harapan baru pada Datuk Seri Najib pula, kerana dasar Umno sama sahaja, yang tukar pemandu, dasar tetap sama. Apa slogan retorik untuk membela bangsa atau agama itu hanya halwa manis sahaja, dengar boleh percaya jangan. Sudah cukup rakyat percaya pada Datuk Seri Abdullah dalam pilihanraya 2004 dahulu, maka jangan percaya pula dengan Datuk Seri Najib pula.


8. Perjuangan kita ialah menentang dasar bukan peribadi. Siapa yang
mengemudi Umno maka kita tetap lawan kerana dasar tidak pernah berubah. Inilah jalan yang paling selamat dalam perjuangan, bukan berjuang kerana peribadi tetapi kerana dasar.


9. Selepas ini apa pula Datuk najib hendak reka slogan untuk tarik pengundi terutama orang melayu/Islam kepada Umno. Kalau Dr Mahathir ‘penerapan nilai-nilai Islam, 17 tahun kita ditipu sehingga Datuk Seri Anqwar lebam mata dan terpelanting daripada Umno. Slogan Datuk Seri Abdullah Badwi “Islam hadhari”, cuma tidak lama kita tertipu kerana isu pegang bahu wanita yang tersebar luas dalam internet. Datuk Najib slogan apa pula?. Apa sahaja slogan kita hadap dengan apa yang diajar oleh nabi kita Muhammad SAW.

Thursday, October 9, 2008

NAJIB JANGAN TERLALU YAKIN

Oleh Putera Gunung Tebu

Hari ini geger seluruh negara apabila Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengumumkan bahawa beliau tidak akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti itu Mac tahun depan.

Ini sekaligus memberi laluan kepada timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri selepas itu.

Saya ulangi selepas itu.
Perdana Menteri yang percaya Najib akan dipilih sebagai Presiden UMNO yang baru pada pemilihan parti kira-kira enam bulan lagi mahu Najib mengambil alih kepimpinan UMNO, Barisan Nasional (BN) dan kerajaan daripadanya.

Maka banyaklah komen. Pembangkang kata Abdullah bertanggungjawab. Tun Dr Mahathir Mohamad menganggap akan kukuhkan kembali UMNO. Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, semua pihak harus menghormati keputusan yang dibuat oleh Abdullah itu.

Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz berkata, semua pihak yang terbabit dalam pentadbiran kerajaan harus terus saling membantu dalam menjalankan semua program yang dijanjikan dalam manifesto pilihan raya BN.

Malah, komen-komen mengatakan ini akan membuka ruang kepada Najib menjadi Perdana Menteri mulai Mac nanti. Betulkah?
Baca komen berikut untuk kita menilai semula pengumuman Abdullah semalam:
Komen 1 oleh blog http://hambali1.blogspot.com

ABDULLAH KHIANATI NAJIB?

Datuk Seri Mohd Najib Razak akan hanya akan dapat mengambil alih jawatan Perdana Menteri selepas Perhimpunan Agung Umno Mac depan.
Itupun kalau beliau menang jawatan Presiden UMNO.

Najib menerima jawatan bukan seperti Almarhum Tunku Abdul Rahman menyerahkan kepada ayahandanya, Tun Razak Hussein atau cara Allahyarham Tun Hussein Onn menyerahkannya kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan kemudian Dr Mahathir menyerahkannya kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Permainan apakah yang sedang berlaku sekarang? Bagaimana kalau ada yang mencabar Najib dan Najib kalah?
Seperti saya katakan sebelum ini, dalam tempoh enam bulan itu, antara sekarang dan Mac 2009, Abdullah akan terus berkuasa dalam suasana ‘tidak menentu’ penggantinya.

Di bawah sistem politik negara, presiden Umno secara automatik menjadi Perdana Menteri dan ketua BN, sementara timbalan presiden sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Persoalannya, ramai yang menunggu apa reaksi Tengku Razaleigh Hamzah seterusnya dan mungkin juga ada ‘kuda hitam’ bertanding menentang Najib kelak apabila Bahagian UMNO mula bersidang esok.

Umno bahagian Machang akan mengadakan mesyuarat paling awal iaitu esok diikuti Cheras (Wilayah Persekutuan), Besut (Terengganu) dan Kimanis (Sabah) yang akan bermesyuarat Sabtu ini.

Sebanyak 24 lagi bahagian akan bermesyuarat Ahad ini, iaitu Pontian, Pasir Gudang, Mersing, Pagoh dan Batu Pahat, semuanya di Johor; Rasah, Jempol dan Jelebu (Negeri Sembilan); Shah Alam dan Subang (Selangor); Semporna, Silam, Kalabakan dan Kota Kinabalu (Sabah); Bukit Gelugor dan Tasek Gelugor (Pulau Pinang); Kuantan dan Rompin (Pahang); Parit Buntar, Bagan Serai, Taiping, Beruas dan Kampar (Perak).

Selepas itu pada 18 Oktober ialah Gelang Patah, Tebrau, Kemaman, Kuala Terengganu dan Raub, manakala pada 19 Oktober ialah Nibong Tebal, Bagan, Titiwangsa, Segambut, Bandar Tun Razak, Kepong, Kulai, Ledang, Bakri, Tanjung Piai, Bukit Katil, Masjid Tanah, Alor Gajah dan Paya Besar.

Kalaupun menang sama ada melalui pertandingan pada Mac atau melalui pencalonan (jika mereka yang bercita-cita menentang Najib tidak cukup pencalonan), pastinya Najib akan dimalukan kerana mendapat penentangan, bukannya menerima jawatan dalam ‘dulang emas’ seperti yang dilakukan oleh pemimpin sebelum ini.
Untuk pertama kalinya, jawatan Perdana Menteri terumbang-ambing kerana Abdullah tidak melakukan tradisi seperti Perdana Menteri sebelumnya yang menyerahkan kuasa secara mutlak.

Dengan meletakkan syarat mesti menang Presiden bermakna pertandingan tetap terbuka dan kelebihan Najib hanya kerana dia menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO.

Ada pendapat mengatakan Abdullah sebenarnya tidak ikhlas dan ‘menyusahkan Najib’ setiap masa.

Bukankah lebih baik dan memudahkan Najib jika setelah membuat keputusan tidak bertanding Presiden UMNO Abdullah menyerahkan sahaja jawatan Perdana Menteri kepada Najib dan Abdullah boleh kekal Presiden UMNO hingga Mac.

Cara ini rasanya lebih ‘adil’ untuk Najib.
Jelas sekali Abdullah menggunakan sifat ‘tidak melawan tauke’ dan ‘sentiasa taat’ Najib dengan menyusahkan Najib setiap masa.

Benarlah kata-kata beberapa pemimpin UMNO bahawa Najib ‘budak baik’ dan mematuhi ketuanya.
Malah, Najib juga ‘tidak reti’ melawan dan mengambil peluang untuk melonjak cepat. Masalahnya sikap Najib ini dibimbangi akan memakan diri kerana sebetulnya inilah masanya untuk semua ahli UMNO menilai semula siapa patut menjadi Perdana Menteri

Komen 2 oleh Harakahdaily.

Antara Anwar dan Najib, siapa akan ke Seri Perdana?

Irwan Muhammad Zain
Wed | Oct 08, 08 | 8:47:38 pm MYT

Akhirnya Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan akan meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pada Mac 2009 dan juga tidak akan mempertahankan jawatan sebagai Presiden Umno dalam pemilihan akan datang.

Keputusan Perdana Menteri itu diumumkan dalam taklimat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di PWTC petang tadi.

Abdullah pada awalnya, dijadual melepaskan jawatan tertinggi Umno dan jawatan Perdana Menteri pada pertengahan 2010.

Namun akibat dari prestasi buruk BN dalam pilihan raya umum ke-12 yang lalu, beliau telah didesak agar segera meletak jawatan.

Keputusan Abdullah ini membolehkan Dato' Seri Najib Tun Razak menjejakkan kaki ke Seri Perdana iaitu kediaman rasmi Perdana Menteri enam bulan akan datang.

Mendiami Seri Perdana tentunya merupakan antara yang dimimpikan oleh Najib sejak lama dahulu. Dan hasrat itu makin membara tentunya bila Abdullah mengumumkan pelan peralihan kuasa.

Pelan peralihan kuasa yang kini dipercepatkan ke Mac 2009, membolehkan Najib memegang jawatan Presiden Umno seterusnya diberikan jawatan Perdana Menteri Malaysia ke tujuh.

Mimpi Najib ini akan menjadi kenyataan dalam tempoh enam bulan akan datang. Itu pun jika tiada berlaku sebarang halangan dalam tempoh enam bulan ini.

Tempoh enam bulan akan datang tentunya amat mendebarkan Najib kerana apa sahaja boleh berlaku dalam tempoh tersebut untuk menghalang beliau dari mendiami kediaman rasmi Perdana Menteri.

Yang boleh menyekat mimpi Najib dari menjadi nyata adalah jika kerusi Presiden Umno dimenangi oleh Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) yang berhasrat bertanding jawatan tersebut pada Mac nanti.

Selain faktor kemenangan Ku Li, faktor pembentukan kerajaan baru oleh Pakatan Rakyat juga mampu membuatkan impian Najib terhalang.

Jika Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan, bukan hanya impian mendiami Seri Perdana akan terkubur tetapi kemungkinan pelbagai lagi malapetaka akan menimpa bukan hanya Najib tetapi banyak lagi pemimpin Umno yang lain.

Pembentukan kerajaan baru ini amat tidak disenangi oleh pemimpin Umno biarpun ia merupakan sesuatu yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia yang sudah bosan dengan pemerintahan Umno-BN selama 51 tahun.

Biarpun pembentukan kerajaan baru tidak berlaku pada 16 September lalu - tarikh asal yang diumumkan oleh Anwar - tetapi bukan sedikit rakyat Malaysia yang berharap agar BN segera ditumbangkan.

Rakyat Malaysia yang tidak mampu berbelanja sebanyak RM7 juta untuk membeli 14 utas jam tangan di Hong Kong menunggu dengan penuh sabar Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan.

Selain Najib, Anwar juga pasti berhasrat untuk berpindah ke kediaman bernilai ratusan juta ringgit itu. Jika tidak mendiami Seri Perdana sekalipun, Ketua umum Pakatan Rakyat itu sememangnya berhajat untuk memiliki pejabat di Putrajaya.

Biarpun ramai yang mengatakan hasrat Anwar dan Pakatan Rakyat mahu menubuh kerajaan baru sebagai sesuatu yang mustahil tetapi ahli parlimen Permatang Pauh tetap yakin BN akan tumbang dalam tempoh terdekat.

Keyakinan Anwar itu membuatkan ramai yang menunggu beliau membuktikan bahawa hasratnya itu bukanlah omongan kosong semata-mata.

Pak Lah serah kuasa...nasib KJ macam mana

Daripada Agendadaily

Ada analogi politik yang selalu dijaja oleh pencatur politik tidak berlesen yang menyebut, jika Pak Lah tidak lagi menjadi Perdana Menteri, nasib politik menantunya Khairy Jamaluddin sudah tentu akan ‘kulluhum’ .

Bagi mereka, naiknya Khairy atau lebih popular dengan gelaran KJ dalam politik, bukan kerana sokongan tulen daripada akar umbi tetapi disebabkan beliau naik ‘lif’ sama dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Kini analogi yang jadi bahan cerita politik itu semakin hampir untuk diuji kesahihannya. Berdasarkan pemahaman banyak pihak peralihan kuasa kepimpinan Perdana Menteri dan Presiden UMNO akan berlangsung pada Mac 2009. Ini bermakna Pak Lah akan menjadi bekas Perdana Menteri dan Presiden UMNO selepas tarikh tersebut.

Persoalannya sekarang bukan Pak Lah tetapi macam mana dengan nasib politik KJ?

Itulah persoalan yang ditanya kepada KJ pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Ahli Parlimen Rembau itu di Balai Raya Kampong Gadong hari Ahad.

Jawap beliau “selama ini saya berkhidmat selama empat tahun sebagai Naib Ketua Pemuda pun tidak pernah saya berkhidmat sebagai menantu Presiden atau pun Perdana Menteri”.

Sehubungan itu beliau berharap anggota Pergerakan Pemuda UMNO dapat menilai dan membuat pencalonan ke atas dirinya bagi merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia berdasarkan rekod serta kekuatan dirinya sendiri.

Katanya, beliau menawarkan dirinya untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO atas faktor kekuatan dirinya sendiri tanpa dipengaruhi oleh sebab-sebab lain.

Malah beliau yakin dan percaya, para perwakilan Pemuda UMNO tidak akan terpengaruh dengan soal peralihan kuasa dalam menentukan kepiminan Pemuda UMNO Malaysia.

"Saya akan terus dengan perancangan saya untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO kerana daripada awal lagi saya ingin bertanding atas kekuatan diri saya dan berharap apa saja keputusan yang bakal dibuat pucuk pimpinan parti (Presiden dan Timbalan Presiden) itu tidak akan ada pengaruh kepada apa yang menjadi pilihan 'orang muda' dalam parti.

“Saya mengadakan program dan pelbagai lagi perkara yang saya buat selama empat tahun ini atas diri saya sendiri dan perkara itu tidak akan berubah sama ada Presiden (adalah) Pak Lah atau pun Datuk Seri Najib. Saya akan terus dengan kerja saya sebagai pemimpin bagi generasi muda dalam UMNO," katanya.

Menurut Khairy, orang muda perlu memilih generasi mereka dan bukan atas sebab-sebab tertentu seperti pengaruh pucuk pimpinan dan lain-lain.

"Pemuda kena pilih untuk masa depan orang muda dalam parti. Saya yakin keputusan saya ini tidak akan berubah walau apa juga keputusan yang bakal dibuat oleh Presiden,” tambahnya.

Khairy juga berharap, semua calon yang menawarkan diri bagi bertanding jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO agar sedia bekerjasama dengan sesiapa sahaja yang bakal dipilih menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia tanpa perlu mewujudkan regu atau gandingan.