Showing posts with label ISA. Show all posts
Showing posts with label ISA. Show all posts

Thursday, August 6, 2009

WAJARKAH KANAK-KANAK DIGUNAKAN BAGI MENCAPAI AGENDA POLITIK?

Oleh Noor Hayati Muda (Bernama)

Pepatah Melayu menyebut "melentur buluh biarlah dari rebung" bermaksud jika mahu mendidik seorang anak sebaiknya ia hendahlah bermula sedari kecil.

Namun insiden di tengah ibu kota pada Sabtu lalu, yang menyaksikan kanak-kanak dan remaja terlibat dalam satu perhimpunan haram didalangi parti-parti politik menimbulkan persoalan apakah bentuk didikan yang ingin diterap oleh mereka yang berkenaan itu.

Berpegang pada alasan perhimpunan dirancang secara aman, penganjur dan mereka yang menyokongnya mungkin berpendapat tidak salah mengheret anak-anak di tengah panas terik matahari untuk tujuan itu.

Ia acara santai, hujah Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, yang juga antara orang kuat dalam menganjurkan perarakan membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) itu ketika diminta mengulas rasional melibatkan kanak-kanak dan remaja dalam protes jalanan tersebut.

"Seperti apa yang telah saya sebutkan banyak kali, perhimpunan yang kita anjurkan sebelum ini adalah satu perhimpunan yang aman, (untuk) bersantai dan memang saya banyak kali menyatakan boleh bawa anak-anak dan isteri kita bersama-sama," katanya.

Malah, menurut Salahuddin, mereka merancang untuk bersurai selepas satu jam berhimpun.

Sekalipun mengakui peserta perhimpunan haram berisiko disembur air dan dilontar gas pemedih mata, Salahuddin berkata insiden pada hari berkenaan berpunca daripada pihak polis yang tidak mahu memberi kerjasama kepada mereka.

"Bukan kami tak tahu risiko, tapi kami ada niat nak berhimpun secara aman. Kalau kami ada niat tak baik buat apa kami nak isytiharkan rancangan kami," katanya.

Ironinya itulah yang berlaku pada Sabtu lalu apabila pihak polis yang sebelum ini berulang kali meminta penganjur membatalkan perhimpunan, bertindak melepaskan tembakan gas pemedih mata dan menyembur air selepas keadaan menjadi tidak terkawal.

Lebih buruk lagi apabila segelintir mereka yang ditahan polis kerana menyertai perhimpunan haram itu adalah kanak-kanak dan remaja, sekali gus memberi ruang kepada parti politik yang mendalangi protes untuk terus mengecam pihak berkuasa.

Bagi pemerhati politik pula, protes jalanan menggunakan "perisai kanak-kanak" itu adalah taktik pengecut tetapi berkesan untuk menarik perhatian masyarakat.

"Taktik ini bukan suatu yang asing. Dulu Hindraf pun buat macam ini. Penggunaan kanak-kanak ini efektif sebab secara automatik meletakkan pihak berkuasa dalam keadaan serba salah untuk mengambil tindakan secara fizikal," kata Asri Salleh, pensyarah di Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara kampus Dungun, Terengganu.

Beliau berpendapat tindakan membabitkan kanak-kanak dalam isu yang diperjuangkan lebih mudah mendapatkan simpati umum.

"Memang tidak wajar sama sekali mereka membabitkan kanak-kanak sebab mereka tidak faham apa yang berlaku sebenarnya. Tetapi kini ia sudah menjadi trend.

"Kita faham ada yang terbabit dalam perhimpunan itu adalah keluarga kepada mereka yang pernah ditahan di bawah ISA, tetapi wajarkah meletakkan anak-anak dalam keadaan bahaya seperti itu," katanya.

Atau, kata Asri, parti pembangkang melihat kanak-kanak itu sebagai "collateral damage" iaitu korban sampingan demi mencapai agenda mereka.

"Pada mereka walaupun keselamatan kanak-kanak dan remaja itu terjejas, ia tidak sampai mengorbankan nyawa jadi halallah apa yang mereka lakukan," katanya.

Persoalannya jika benar pembangkang mahu menjadikan golongan lemah seperti kanak-kanak sebagai korban sampingan, tidakkah mereka terfikir kesan psikologi yang dialami oleh golongan itu.

Pakar perunding psikologi dari Malaysian Psychology Centre Dr Edward Chan berkata pengalaman ditahan polis boleh meninggalkan kesan mendalam kepada kanak-kanak dan remaja berkenaan.

"Ini akan menjadi satu trauma kerana mereka akan merasa tertekan seolah-olah keselamatan dan kebebasan mereka terancam," katanya.

Chan berkata kanak-kanak yang melihat demonstrasi jalanan seperti yang berlaku pada Sabtu lepas akan juga dibayangi igauan.

"Lebih buruk lagi jika mereka melihat sendiri perlakuan ganas dalam satu-satu demonstrasi," katanya.

Akibatnya, kata Chan, kanak-kanak ini akan membesar dengan pemikiran yang negatif terhadap pihak berkuasa dan juga terhadap kerajaan jika sesuatu isu itu tidak dijelaskan dengan baik kepada mereka.

Bersetuju dengan pandangan pakar psikologi itu, pemerhati politik menyimpulkan bahawa tindakan parti pembangkang berhubung perkara itu boleh merosakkan masa depan kanak-kanak dan remaja.

Prof Dr Ahmad Atory Hussain daripada Universiti Sains Malaysia berkata: "Ini strategi murahan yang tidak membawa sebarang makna. Mereka gunakan kanak-kanak dan apabila kanak-kanak ini cedera terkena gas pemedih mata, kena tangkap, mereka (parti pembangkang) salahkan polis.

"Soalnya siapa yang membawa anak-anak ini mengikuti satu perhimpunan yang tidak dibenarkan?"

Sememangnya pengorbanan yang dilakukan golongan kanak-kanak dan remaja itu tidak membawa makna besar khususnya dalam konteks tujuan perhimpunan haram itu diadakan iaitu menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin bagi mendesak agar ISA dimansuhkan.

Ini kerana Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan sulungnya sebagai Perdana Menteri pada April lalu telahpun bersetuju untuk meneliti semula akta itu yang didakwa golongan anti-ISA sebagai bertentangan dengan hak asasi manusia.

Namun jika hak asasi manusia menjadi isu yang diperjuangkan mereka, bagaimana pula dengan hak asasi kanak-kanak dan remaja itu yang turut diseret dalam kancah permainan politik orang dewasa?

Tuesday, May 26, 2009

AL-MA'UNAH DAN AL-ARQAM DIMUSNAH, HINDRAF KEBAL!

www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com (21 Mei, 2009)

Mengapa Hindraf(Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu) atau (Hindu Rights Action Force) sebuah pertubuhan haram dibiarkan bertindak sewenang-wenangnya sedangkan kumpulan ini telah melanggar undang-undang negara selain mengeluarkan kenyataan yang boleh mengancam keselamatan negara. Apa bezanya Hindraf dengan Al-Maunah dan Al-Arqam yang juga melanggar undang-undang negara dan mengancam keselamatan negara?

Mengapa Hindraf tidak diambil tindakan sedangkan kerajaan sanggup membunuh dan menyerang kumpulan Al Maunah serta menghapuskan Al-Arqam. Apakah tindakan kerajaan ini menunjukkan kerajaan 'double standard' dalam menjalankan undang-undang negara? Apakah kerajaan hanya berani mengambil tindakan kepada gerakan haram Islam sedangkan gerakan haram India/ Hindu, kerajaan letakkan di kelas yang berbeza?

Adakah kerana ia di dokong oleh sentimen melampau 5 orang peguam dan seorang eksekutif kanan syarikat swasta di Kuala Lumpur maka ianya kebal dari segi undang-undang malah lebih kebal daripada raja-raja Melayu. India/ Hindu ini tidak berpuashati tentang perobohan kuil-kuil yang tidak didaftarkan tumbuh macam cendawan.

Beberapa siri perobohan kuil Hindu terutama Kuil Mariaman di Padang Jawa, Selangor, pada 15 November 2007, menyemarakkan lagi perjuangan Hindraf yang mendakwa kerajaan Malaysia mengabaikan sosio-ekonomi masyarakat India.Dengan menggunakan sentimen agama dan perkauman, Hindraf mendakwa kaum India dan agama Hindu ditindas oleh kerajaan Malaysia yang dipimpin UMNO dan mendakwa berlaku genosid dengan memberi contoh lebih 100 orang India dibunuh semasa Peristiwa Kampung Medan.Propaganda mereka disebarkan melalui majlis forum, pengedaran buku dan risalah dalam bahasa Tamil, penggunaan laman web dan SMS bagi mendapatkan sokongan moral dan material daripada kaum India.

Kerajaan Malaysia pula mendakwa Hindraf turut menjadi dalang menentang pihak berkuasa tempatan yang hendak merobohkan kuil haram Hindu malah akan menggunakan gangster bagi menghalang perobohan kuil pada masa depan. Soalnya sekarang semua pusat ibadat sama ada masjid/surau, tokong atau kuil mesti mendapat kebenaran. Walaupun agama Islam sebagai agama rasmi negara tetapi pembinaan masjid atau surau tidak boleh dibina sesuka hati malah turut mendapat kelulusan daripada pihak kerajaan. Pokoknya sekarang adalah pelanggaran undang-undang.

Pada 30 Ogos 2007 Hindraf telah memfailkan saman di Mahkamah Keadilan Diraja di London terhadap kerajaan British kerana 'dosa-dosa' membawa warga negara India ke Malaysia sebagai buruh ladang getah dan dieksploit selama 150 tahun. Pekerja dari India ini dibawa masuk melalui Sistem Kangani dari tahun 1786 hingga 1957. Kerajaan British dituntut membayar 4 trilion Paun British (RM27.7 trilion) atau RM1 juta bagi setiap orang India yang tinggal di Malaysia.

Faktor kedatangan mereka ke mari adalah berdasarkan faktor penolakkan di India dan faktor penarikkan di Tanah Melayu. Tidak ada paksaan untuk mereka dan tidak ada jemputan oleh penduduk asal negara ini. Mereka asalnya adalah pekerja tetapi akhirnya British meminta kepada pemimpin-pemimpin Melayu agar menerima mereka sebagai warganegara jika mahukan kemerdekaan. Mereka boleh balik ke India jika mereka mahu tetapi mereka yang merayu-rayu kepada British agar memberi hak kewarganegaraan sebagai tanda terima kasih atas sumbangan mereka kepada meningkatkan kekayaan Inggeris di tanah-tanah jajahan. Melayu tidak salah malah British juga tidak bersalah.
Pada 17 Ogos 2007, Hindraf telah mengemukakan memorandum 18 perkara kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi berhubung rasa tidak puas hati penganut Hindu terhadap kuil-kuil Hindu yang diberi notis seperti Kuil Malaimel Sri Selva Kaliamman di Pantai, Kuala Lumpur yang berusia 100 tahun, Kuil Sri Siva Balamuniswarar di Setapak, Kuil Sri Kumaravel di Kampung Medan, Petaling Jaya dan lain-lain. Bagi saya jikalau Masjid Negara atau Masjid Putrajaya dibina atas dasar sewenang-wenangnya di bina, maka kedua-dua masjid ini pun boleh diberi notis dan jika engkar tindakan meroboh boleh diambil.

Dakwaan berlakunya 'ethnic cleansing' di mana orang India dibunuh setiap hari oleh kerajaan ektremis Islam Malaysia adalah tidak benar. Pemimpin Hindraf terutama Waytha Moorthy Ponnusamy cuba melobi di peringkat antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu , India, Britain dan Amerika Syarikat bagi menyokong mereka. Malahan Hindraf cuba mendapatkan bantuan dan sokongan dari pertubuhan gerila Harimau Tamil Eelam (LTTE) di Sri Langka.

Hindraf juga mengutip dana daripada orang ramai bagi membiayai aktiviti mereka. Inilah orang yang tidak pernah bersyukur. Patutlah negara India susah hendak menikmati keamanan kerana memang perangai keturunan turun temurun. Pemimpin-pemimpin mereka pun ramai yang mati di bunuh.

Terbaru, Sebuah portal berita melaporkan Hindraf merancang mengadakan protes jalanan sekiranya arahan terhadap pemimpin Hindraf, P. Uthayakumar untuk bertemu dengan Lembaga Penasihat Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak ditarik balik. Keputusan Majlis Peguam meluluskan usul agar Ketua Polis dan Menteri Dalam Negeri meletakkan jawatan adalah satu tindakan yang tidak pernah dibuat oleh mana-mana pertubuhan dan ianya adalah satu cabaran kepada kerajaan.

Siapakah sebenarnya di belakang HINDRAF? Ahli politikkah? Benarkah HINDRAF mendapat sokongan padu daripada seluruh masyarakat India?. Kalau Al-Maunah dan Al-Arqam boleh diambil tindakan, mengapa pertubuhan haram HINDRAF ini diberi muka berlebih-lebihan. Apakah sebenarnya yang berlaku antara HINDRAF dan kerajaan?

Maka kenyataan akhbar Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa),Datuk Ibrahim Ali bahawa tindak tanduk biadap HINDRAF jika tidak dihentikan segera boleh membawa masalah besar kepada negara perlu disokong oleh seluruh umat Melayu Islam.

Sunday, February 15, 2009

JANGAN SAMPAI KEPALA KENA PIJAK

Penulis merasakan ada benarnya pendapat AWANG SELAMAT dalam Mingguan Malaysia hari ini mengatakan kenapa pihak berwajib takut bertindak.

Persoalan yang ditimbulkan ialah mengenai penghinaan terhadap Raja, khususnya Sultan Azlan Shah.

Kita pun tidak faham dengan kerajaan sekarang. Apa yang mahu dijaganya?

Telah banyak pandangan daripada banyak pihak yang mahukan tindakan diambil tersmasuk di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), dibuang daerah dan didakwa atas tuduhan khianat kepada raja.

Penulis seperti juga Awang - amat bimbang kerana ia seumpama membuka laluan menjadikan Malaysia negara republik sebagaimana yang dicita-citakan oleh parti dan pihak-pihak tertentu.
Janganlah terlalu memberikan muka, nanti kepala kita sekali dipijaknya.

Kenapa takut bertindak?

(Mingguan Malaysia, 15 Feb 2009)

Gelombang kemarahan rakyat terhadap pihak-pihak yang menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Sah dalam isu peralihan kerajaan negeri itu, adalah mesej yang cukup jelas. Banyak demonstrasi di seluruh negara diadakan bagi mempertahankan raja.

Awang percaya para pemimpin pembangkang khususnya tiga watak utama dalam kemelut tersebut iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pengerusi DAP, Karpal Singh dan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin telah faham mesej yang disampaikan oleh rakyat.

Belum terlambat bagi mereka semua memohon maaf kepada Sultan Perak. Begitu juga kepada perusuh di hadapan istana dan kenderaan raja.

Seandainya ada yang ingkar dan terus berdegil, inilah masa untuk bertindak. Tidak guna lagi kita bercakap banyak dan hanya memberi peringatan. Jika pihak berkuasa membiarkan perkara ini berlalu begitu sahaja (sebagaimana kes kenyataan Karpal yang didakwa menghina Sultan Perak pada tahun lalu), ia juga secara tidak langsung adalah penghinaan kepada raja.

Sebagai negara raja berperlembagaan, tiada sesiapa boleh dibenarkan menghina dan memperlekehkan raja. Jika kita berlembut, ia akan membawa isyarat yang salah dan mendorong banyak pihak melakukan perkara lebih dahsyat ke atas institusi raja negara ini pada masa depan.

Pada hari ini pun, sudah banyak reaksi liar dan memburukkan raja berlegar menerusi internet akibat daripada tindakan secara terbuka mencabar Sultan Azlan. Nizar sanggup menderhaka, Anwar berdasarkan kenyataannya mahu Nizar terus menjadi MB walaupun tidak lagi sah (berlawanan dengan titah raja) dan Karpal terus mempersoalkan Sultan Perak selain mahu menyaman baginda.

Awang setuju dengan pandangan banyak pihak yang mahukan tindakan diambil. Antaranya melucutkan kewarganegaraan, dikenakan tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), dibuang daerah dan didakwa atas tuduhan khianat kepada raja.

Dalam kita perlu bijaksana melaksanakan hukuman, kita juga tidak boleh kelihatan takut dan teragak-agak. Susah sangatkah mahu melucutkan kewarganegaraan? Seperkara lagi, apa guna ada ISA, jika orang yang menghina raja, tidak boleh ditahan? Anehnya, ada kes yang ditafsir ramai tiada kewajaran dikenakan ISA, diambil pula tindakan. Banyak pengajaran daripada isu ini tetapi apakah kita semua mengambil pengajaran?

Sudah tentu juga banyak persoalan yang timbul antaranya mengapa hanya orang Melayu tampil berdemonstrasi menyokong raja sedangkan baginda juga menaungi rakyat semua kaum sebagaimana terbukti dengan penganugerahan darjah kebesaran saban tahun.

Awang bimbang jika kita tidak berani bertindak, ia seumpama membuka laluan menjadikan Malaysia negara republik sebagaimana yang dicita-citakan oleh parti dan pihak-pihak tertentu. Jangan tunggu sampai nasi menjadi bubur.

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT