Sudah banyak kali didedahkan.
Namun
inilah kemuncaknya mengenai pemimpin PAS di Kedah.
Menurut blogger kedahan69ers isu hangat mengenai cerita-cerita dalam kelambu sangat banyak di Kedah.
Dan yang paling menariknya, maklumat-maklumat sebegini lebih mudah diperolehi daripada para pemimpin PAS yang gemar memakai lebai dan bercakap tentang pentadbiran Islam berbanding pemimpin-pemimpin UMNO yang lebih senang menjalankan tugas mereka tanpa melibatkan PAS dan Pakatan Rakyat.
Seorang pemimpin besar PAS Kedah yang juga merupakan seorang ADUN telah menghubungi KEDAHAN69ERS.COM dan meminta untuk membuat pendedahan berhubung Siti Aishah Abdul Ghani yang merupakan ADUN Merbau Pulas merangkap Exco Pembangunan Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Masyarakat dengan Hamdan Che Khalib, ADUN Tanjong Dawai merangkap Exco Belia dan Sukan, Kesenian dan Warisan serta Kebudayaan.
Menurutnya, kemelut dan kontroversi berhubung Siti Aishah Abdul Ghani sebenarnya tidak pernah selesai.
Siti Aishah yang lebih dikenali sebagai USTAZAH AISHAH sebelum ini dikaitkan dengan hubungan sulit dengan bekas pemandunya dan merupakan seorang BALU semenjak November 2010.
Namun pada masa yang sama, Siti Aishah katanya lagi, turut menjalinkan hubungan dengan Hamdan Che Khalib.
Hubungan sulit kedua-duanya semakin serius dan telah diketahui oleh pimpinan PAS Negeri, ADUN dan Exco.
Kedua-duanya kerap berdua-duaan di bilik pejabat Exco.
Bimbang isu tersebut bakal meletup, khususnya menjelang PRU13, pada April 2012, sejurus sebelum Mesyuarat Exco, Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak telah memanggil kedua-duanya bertemu di dalam pejabat Menteri Besar.
Setelah ditanya, akhirnya kedua-dua Exco tersebut mengakui, mereka memang telah menjalinkan hubungan sulit seperti yang didakwa.
Sebagai orang tua yang mahu menjaga air muka kedua-dua Exconya itu, Azizan Abdul Razak akhirnya menasihatkan kedua-duanya agar bernikah bagi mengelakkan sebarang tohmahan selain menjaga imej parti.
Berita ini bagaimanapun, disenyapkan begitu sahaja oleh pimpinan PAS Kedah yang masih meraikan 'kejayaan' mereka mengumpulkan ahli-ahli PAS di Stadium Darul Aman pada 1 Jun lalu.
Walau bagaimanapun, kalaulah benar seperti yang diceritakan oleh ADUN PAS berkenaan, KEDAHAN69ERS.COM mengucapkan tahniah dan SELAMAT PENGANTIN BARU kepada Siti Aishah Abdul Ghani dan Hamdan Che Khalib.
Sekaligus segala cerita buruk yang serba mengaibkan akan terpadam dan berlalu.
Showing posts with label Exco. Show all posts
Showing posts with label Exco. Show all posts
Monday, June 4, 2012
Monday, February 27, 2012
Kemelut Kerajaan Negeri Kedah Pimpinan PAS Yang Retak Menunggu Belah
Apa dah jadi ni? Apakah majlis angkat sumpah pelantikan Exco esok akan ditangguh dan Datuk Seri Azizan Abdul Razak akan berdepan 'tuntutan' letak jawatan?
Amat jelas kerajaan pakatan pembangkang Kedah yang diketuai PA
S kini sedang bergolak hebat.Malah, yang hadir pada raptai hari ini pun belum dijamin akan menerima tawaran daripada Menteri Besar itu.
Mereka yang hadir pada raptai hari ini terdiri daripada Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul (Agama, Pelajaran dan Koperasi), Datuk Ir Amiruddin Hamzah (Industri dan Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi, Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan) serta Abd Ghani Ahmad (Penerangan dan Pembangunan Usahawan).
Turut hadir ialah dua Exco dari PKR iaitu Lim Soo Nee (Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Perpaduan dan Pengurusan Sumber Manusia) dan Tan Chow Kang (Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Pengangkutan).
Mereka adalah penyandang jawatan, yang disebut-sebut akan dilantik semula bagi penggal 2012 menghadiri majlis raptai yang diadakan di Istana Anak Bukit pagi ini.
Kemelut politik di Kedah menyebabkan PAS Pusat terpaksa campur tangan dalam urusan pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah yang berhadapan dengan kemelut berkaitan pelantikan anggota Exco.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub akan ke Kedah esok bagi mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar dan anggota-anggota Exco berkenaan.
Mustafa tetap menafikan berlaku cubaan menggulingkan Menteri Besar, namun tidak menolak berlaku perbezaan pendapat bagi menangani isu-isu tertentu dalam pentadbiran kerajaan negeri Kedah.
Pada pertemuan 17 Februari itu, Presiden parti telah dimaklumkan dengan isu yang berlaku dalam pentadbiran negeri dan Menteri Besar juga telah beri jaminan kepada Presiden, semua Exco yang berkhidmat akan dikekalkan. Namun berikutan beberapa perkembangan terkini hanya lapan anggota Exco kerajaan negeri Kedah akan mengangkat sumpah di Istana Anak Bukit, esok.
Namun walaupun lima Exco dari PAS hadir hari ini, belum dapat dipastikan sama ada kesemua yang hadir hari ini akan ‘datang kembali’ esok.
Ini kerana setiap daripada mereka mahu melihat dahulu apa jawatan yang ditawarkan untuk mereka.
Baca dengan teliti apa kata Mohamed Taulan pagi ini. Menurutnya, sama ada menerima atau menolak tawaran itu, ia bergantung kepada portfolio yang dinyatakan dalam surat terbabit.
"Mungkin juga semua yang hadir raptai pada hari ini, tidak hadir esok (majlis angkat sumpah)," katanya.
Apakah ini menggambarkan antara Exco itu ada yang sudah menetapkan jawatan yang mereka kehendaki, bukannya bergantung kepada kuasa melantik Menteri Besar?
Tidakkah ini menggambarkan bahawa pemimpin parti PAS sebanarnya bukanlah yang jenis boleh menerima apa sahaja dan redha tetapi mereka jenis ‘menuntut' dan mendesak?
Kedudukan ini pastinya akan menjadikan kerajaan pembangkang di Kedah akan semakin terumbang ambing dan jika ada yang tidak puashati dan menuntut berbagai-bagai, kestabilan kerajaan pimpinan PAS akan membawa kepada keadaan lebih serius.
Mohamed Taulan dikatakan akan mendahului senarai Ahli Exco yang dijadual mengangkat sumpah jawatan esok selepas giliran Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, dan akan diikuti oleh Amiruddin dan Exco Belia dan Sukan, Kesenian dan Warisan dan Kebudayaan, Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib.
Lima lagi nama yang turut disebut dalam raptai yang diadakan kira-kira jam 9 pagi tadi ialah Datuk Siti Ashah Ghazali (Pembangunan Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Masyarakat), Datuk S Manikumar (Pelancongan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Hal Ehwal Masyarakat Siam), Soo Nee, Abd Ghani dan Chow Kang.
Reaksi awal yang daripada kesemua Exco yang menghadiri majlis raptai, dilihat senada apabila menyatakan belum menerima surat tawaran rasmi dan dimaklumkan untuk menghadiri raptai menerusi panggilan telefon.
Amiruddin berkata, beliau belum melihat surat tawaran dan tidak pasti portfolio yang akan ditawarkan kepadanya.
“Setakat ini (pagi ini), saya belum menerima surat, surat kad kredit ," katanya dalam nada berseloroh.
Berseloroh-berselorohlah…tetapi yang nyata, bukan sahaja Azizan sedang diuji tetapi kepimpinan PAS Kedah turut diuji dan segalanya mungkin akan berlaku.
Apakah majlis angkat sumpah PAS esok akan ditangguh dan Azizan ditekan terus untuk melepaskan jawatan?
Apakah kerajaan Kedah yang 'membarah dari dalam' kini benar-benar retak dan menunggu belah?
Subscribe to:
Posts (Atom)
