Gambar hiasan |
Seorang daripadanya adalah pegawai Jabatan Agama Islam
dan dua lagi adalah pegawai kerajaan berlainan agensi.
Sumber SPRM berkata, ketiga-tiga suspek lelaki itu
berusia antara 30 hingga 43 itu ditahan semalam di sekitar Kuala Terengganu
untuk diambil keterangan.
Menurutnya lagi, penahanan mereka sekali gus
berjaya membongkar sindiket pengeluaran sijil dan kad akuan nikah tidak
sah.
"Suspek pertama yang berusia 43 tahun merupakan
pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama ditahan di sekitar Kuala Terengganu kira-kira jam
12.30 tengah semalam.
"Manakala suspek kedua merupakan kakitangan kerajaan
juga ditahan di sekitar negeri itu pada jam 5.30 petang bersama sejumlah wang
bernilai RM1,300," katanya kepada Sinar Harian.
Sementara itu, suspek ketiga berusia 34 tahun ditahan
sekitar jam 1130 malam.
"Turut ditemui wang tunai berjumlah RM1,300 pada
suspek," katanya.
Semalam, Sinar Harian melaporkan terdapat sindiket yang
memudahkan proses perkahwinan yang dalangnya merupakan kakitangan kerajaan.
Menerusi cara ini pasangan yang terdesak ingin bernikah
tidak perlu lagi bersusah payah untuk berdepan sebarang prosedur perundangan
tanpa memikirkan risiko.
Jelas sumber itu lagi, berdasarkan siasatan awal,
sindiket dipercayai menawarkan bayaran sebanyak RM3,500 bagi setiap individu khususnya
suami yang ingin berpoligami bagi mendapatkan dokumen pernikahan tidak sah
tersebut.
"Tangkapan pertama dibuat selepas pegawai tersebut
menerima bayaran akhir berjumlah RM1,000 bagi menyerahkan sijil dan kad akuan
nikah kepada pasangan yang mendapatkan khidmat beliau.
"Sindiket ini juga menguruskan pernikahan mana-mana
pasangan berkaitan di negara jiran tanpa perlu kebenaran isteri pertama atau
melalui proses di mahkamah sekiranya ingin berpoligami.
Kedua-duanya kini ditahan untuk membantu siasatan dan
disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
Kesemua suspek akan direman jam 11 pagi ini di
Terengganu.
No comments:
Post a Comment