Apa
hala tuju Kementerian Pembangunan Luar Bandar?
Ia
ditubuhkan pada 7 November 1959 yang dikenali dengan Kementerian Pembangunan
Negara dan Luar Bandar.
Ia
kemudian dibubarkan pada Disember 1976 tetapi diwujudkan semula pada 18 Julai
1983 oleh Perdana Menteri ke-4, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad.
Pada
Oktober 1990, KPNLB ditukar nama kepada
Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB). Perpindahan masuk agensi Lembaga
Kemajuan Wilayah (KEJORA, KETENGAH, PERDA, KEDA, KESEDAR, DARA dan LKWJ) dan
Lembaga Kemajuan Tanah (RISDA dan FELCRA) di
bawah KPLB.
Turut
dimasukkan ke dalam KPLB ialah Lembaga Kemajuan Tanah Sarawak, Lembaga kemajuan
Bintulu dan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA). Mulai April
2004, FELDA diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri
Ia
ditubuhkan untuk menjaga kepentingan penduduk luar bandar yang majoriti orang
Melayu dan Bumiputera.
Dengan
kata lain, tidak timbul soal-soal seperti meletakkan ‘merit’ dengan memilih
‘orang hebat’ menggendalikan agensi-agensi di bawahnya dengan orang
professional.
Kita
perlu merujuk balik kepada falsafah dan
tujuan sebenar KPLB. Ia untuk membangunkan rakyat di luar bandar yang
mengikut rekod amat taat menyokong kerajaan.
Di
zaman Barisan Nasional, KPLB sangat penting dan kerana itu menterinya adalah
mereka yang disifatkan memahami isu dan kepentingan penduduk luar bandar.
Antara
fungsi KPLB ialah meningkatkan pendapatan penduduk desa, mewujudkan desa
berkualiti, mewujudkan 30% penduduk desa terlibat dalam aktiviti keusahawanan,
mewujudkan masyarakat berilmu dan berkemahiran serta mempercepatkan pelaksanaan
konsep dan program pembangunan bersepadu.
Selain
itu KPLB juga berperanan meningkatkan kesejahteraan masyarakat desa, mencapaii
liputan 100% prasarana asas, utiliti dan infrastruktur dan turut penting
berseuaian dengan era terkini, memastikan penduduk desa mendapat 100% manafaat
teknologi maklumat dan komunikasi.
Namun
selepas enam bulan kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) memerintah, rakyat luar
bandar tidak tahu apakah mereka mempunyai masa depan atau sebaliknya.
Malah,
selepas setahun Pengerusi BERSATU mengatakan parti itu wajar menggantikan UMNO,
harapan itu tidak akan pernah tertunai sekiranya MENTERI yang ada sekarang
menerajui KPLB.
Harapkan
pemimpin UMNO lompat ke BERSATU untuk BERSATU gantikan UMNO?
Ia
tidak akan kekal dan relevan untuk menang pilihan raya. Mereka melompat mungkin
untuk kepentingan diri, berkehendakkan disanjung masyarakat seperti ketika
berada dalam UMNO dan sesetengahnya berkehendakkan pelantikan.
Tetapi
yang benar-benar dapat menjamin perkembangan BERSATU dan kemungkinan pilihan
raya ialah rakyat yang menyokong parti itu.
Dalam
konteks ini, pembangunan luar bandar hendaklah dirancang melalui strategi ‘dari
bawah ke atas, bukan sebaliknya’.
Menteri,
Ketua Setiausaha kementerian atau pegawai tinggi kementerian boleh merancang
dan mengumumkan sesuatu dasar dan projek tetapi apakah ia benar-benar berkesan
untuk rakyat?
Menteri
KPLB mestilah seseorang yang terbuka dan mendengar keluhan luar bandar, bukan
sebaliknya. Rakyat tidak akan tunduk atau hormat kepada menteri yang hanya
merasakan pendapatnya sahaja yang betul.
Perlu
diingat, yang tinggal di luar bandar, khususnya di Pantai Timur, Utara
Semenanjung, Sabah dan Sarawak adalah mereka yang terdiri daripada nelayan,
petani, peneroka, pengusaha kecil-kecilan, guru serta kakitangan kerajaan yang
rata-ratanya sekitar B40 (pendapatan di bawah RM4,000 senulan) dan ramai yang
masih miskin dan berkategori miskin tegar.
Mereka
mungkin boleh berharap kepada Kementerian Pertanian, Kementerian Pembangunan
Usahawan, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
dan beberapa yang lain – namun ia tidak sepenting KPLB.
KPLB
mempunyai agensi penting untuk luar bandar daripada RISDA, FELCRA, MARA, serta
agensi lain seperti KEMAS, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung yang
kini dikenali dengan MPKK dan banyak lagi.
Namun
sejauh ini, jika diminta penduduk luar bandar ditanya atau dibuat pungutan
suara, apakah mereka percaya dengan semua agensi itu dapat membantu mereka?
Jawapannya
tidak.
Ironinya
selepas enam bulan, jika dilihat kepada Info Korporat di http://www.rurallink.gov.my, biodata menteri pun
tidak kelihatan di situ. Apakah ini suatu kelemahan dan tidak wujud kecekapan
di kementerian ini?
Persoalannya
apakah Menteri KPLB sekarang prihatin kepada fungsi dan manfaat yang dapat
dikecapi oleh masyarakat luar bandar?
Jika
gagal, sokongan dan cita-cita Tun Dr Mahathir Mohamad untuk jadikan BERSATU
sebagai penggati UMNO akan juga gagal.
Jika
gagal, ke mana arah BERSATU?