Friday, October 8, 2010

PROJEK HALAU MELAYU KELUAR P PINANG BERJALAN LANCAR

Daripada http://www.pisau.net/ (8.10.10)
Menghalau penduduk berketurunan melayu menjadi agenda utama Ketua Menteri Paling Celaka Dalam Sejarah Negeri Pulau Pinang.

Pisau telah nyatakan sebelum ini grand design,hagemoni dan rezoning sedang giat dilaksanakan :klik sini,yang menariknya langsung tidak mendapat perhatian orang melayu Pulau Pinang. Apabila isu ini dibangkitkan ada yang tidak mengambil berat dan langsung tidak peduli. Baik dari parti parti politik ataupun mana mana NGO.

Hagemoni dan pelaksanaan penempatan kaum cina berjalan lancar,perkara ini telah pun berjalan sejak kerajaan negeri jatuh ke tangan pakatan haprak .DAP begitu bercita citakan sebuah lagi negeri pulau mirip kepada Temasik yang diperintah oleh PAP.

Melaksanakan proses rezoning pengundi cina ke kawasan majoriti melayu sedang giat dijalankan,malah di beberapa tempat di negeri ini kawasan yang majoritinya melayu peratusannya sudah jatuh mendadak akibat daripada proses rezoning oleh DAP. Yb Malik Kassim dari PKR adalah salah seorang yang bakal menjadi mangsa apabila peratusan pengundi melayu kurang maka kawasan Batu Maung harus diwakili oleh wakil seorang cina pada PRU13.

Isu pengambilan tanah di Balik Pulau telah Pisau nyatakan didalam beberapa artikel sejak Januari 2010,kemudian isu ini berbangkit semula .

PULAU PINANG 6 Okt. - Persoalan mengenai pembinaan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) untuk kaum Cina di Balik Pulau di sini yang timbul awal tahun ini semakin terjawab apabila kerajaan negeri dikatakan telah mewartakan tanah seluas 81 hektar di Pondok Upeh dan Kampung Genting di sini untuk tujuan itu.
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Balik Pulau, Syed Amerruddin Syed Ahmad ketika mendedahkan perkara itu berkata, pewartaan itu dibuat mengikut Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah 15 Ogos lalu.
Katanya, beliau dimaklumkan bahawa tanah itu diwartakan khusus untuk diambil-alih bagi tujuan membina sebuah cawangan universiti yang berpangkalan di Singapura dan selebihnya dikatakan untuk tujuan awam.
"Apabila siap nanti 4,000 hingga 5,000 orang pelajar dianggarkan menuntut di universiti itu. Jumlah ini belum lagi meliputi hampir 2,000 tenaga pengajar dan staf universiti dari republik itu yang akan dibawa ke sini.

Tahukah anda Nanyang Universiti digunakan oleh PAP dalam salah satu plan hagemoni ultra kiasu menguasi Singapura selepas berakhirnya perang dunia kedua?

Kepada Hj Husni Pentadbir Tanah Daerah Barat Daya Pulau Pinang. yang menjadi balaci Guan Eng,sememangnya kamu menjadi dalang habuan nafsu buas ultra kiasu Guan Eng dalam agenda menghalau melayu. Kerja ukur dan penilaian tanah untuk apa? Di Wartakan untuk apa? semuanya bertujuan untuk menghalau dan merobohkan rumah rumah kampung melayu.

Plan untuk menjadikan Balik Pulau sebagai Education Hub oleh Guan Eng,sebenarnya adalah berbentuk serampang 2 mata. Dalam beberapa kenyataan beliau,hanya nama Al-Azhar disebut sebagai salah satu universiti yang menjadi CADANGAN,sebaliknya langsung tidak menyebut Nanyang Universiti.

Guan Eng berlidah biawak begitu licik untuk tidak menyebut Nanyang Universiti,kemungkinan perancangan dan perbincangan telah lama diadakan.Apa perlunya Education Hub di Balik Pulau? Mengapa tidak dipindahkan saja ke Kepala Batas?

Kepala Batas dijadikan salah satu hab pendidikan pada pemerintahan kerajaan BN ,pada ketika ini USM sedang giat membina kampus pergigian, Institut Latihan Perindustrian,Kolej Perubata ACMS,Kolej Komuniti,Kolej Jururawat,Universiti Manipal turut bercadang untuk membuka sebuah hospital untuk dijadikan sebuah pusat latihan. Apa relevennya Guan Eng mahu menyesakkan Balik Pulau dengan rancangan sebuah lagi hub pendidikan?
Kepala Batas punyai tanah yang luas,mengapa tidak diarahkan daerah ini menjadi hub pendidikan? Mengapa harus mengambil tanah tanah melayu disebelah pulau?

Pisau melihat tindakan Guan Eng salah satu usaha terdesak untuk menghalau melayu agar keluar dari Pulau Pinang ,jika beliau benar benar tidak punyai niat lain mengapa tidak mengunakan saja tanah tanah ladang sawit yang luas di Seberang Perai Utara?

Tindakan sebegini harus dihalang,jika benar benar mahu mendirikan sebuah hub pendidikan guna saja tanah di Seberang Perai Utara. Apa perlunya menghalau melayu keluar dari kampung kampung tradisi yang dihuni sejak ratusan tahun.Apa perlunya merampas tanah tanah kebun dan dusun orang melayu?

Beberapa tindakan dan pelaksanaan yang sedang giat dirancang turut Pisau dedahkan seperti perancangan menyingkirkan Gabenor Melayu,Menubuhkan Pasukan Polis Kerajaan Negeri Pulau Pinang,Merancang menuntut kerajaan autonomi Pulau Pinang.

Klik Link Dibawah rancangan jahat DAP!

Gempar! Penang: Rancangan Jahat DAP Untuk Singkirkan TYT dan Tubuhkan Polis Negeri
Gempar:Hasrat Dan Cadangan Memisahkan Pulau Pinang Sebagai Wilayah Autonomi Dan Perpecahan Malaysia

Pisau kata " nak sangat hub pendidikan buat saja di Kepala Batas,apa jadah pi buat di Balik Pulau,nak halau melayu?"

Thursday, October 7, 2010

DENDAM KESUMAT AZMIN KEPADA DR MAHATHIR

Daripada Tukang Dok Peghati
(Tajuk Asal - DENDAM tak sudah para pemimpin PKR ini dari tahun 1998 lagi.. )


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Ada seorang Naib Presiden PKR yang sangat-sangat berDENDAM dengan Tun Dr. Mahathir..

Walaupun kita TAHU semasa Tun jadik PM, tak pernah pun Tun menGANGGU keHIDUPannya, dia tetap berDENDAM terhadap Tun hanya kerana Tun pernah memecat 'BOSS'nya iaitu Penasihat PKR daripada jawatan TPM pada tahun 1998 kerana kes 'menJUBOR'nya yang pertama.. Adakah dia MARAHkan kepada Tun kerana dia turut hilang jawatan Setiausaha Sulit apabila 'BOSS'nya dipecat? Tidak.. Jawatan itu dilantik oleh Penasihat PKR sendiri, takde kaitan pun dengan bidang kuasa PM.. Jadik, kenapakah AGAKnya dia nih berDENDAM sangat-sangat dengan Tun?

Jika kita IMBAS kembali tahun 1998 dahulu, kita akan TAHU siapakah yang INDIVIDU yang mula-mula sekali menulis SURAT kepada Tun Dr. Mahathir mengadu tentang salah laku SEKS Penasihat PKR ketika itu.. Antara aduan yang dikemukakan kepada Tun adalah bagaimana INDIVIDU tersebut melihat 'KAKAK IPAR'nya yang merupakan ISTERI kepada Naib Presiden PKR ini di bawa ke Tivoli Villa, tempat yang dikatakan 'VENUE' kepada aktiviti salah laku SEKS Penasihat PKR ketika itu.. Siapakah INDIVIDU yang mengadu kepada Tun menerusi SURAT tersebut? Tidak lain tidak BUKAN adalah ADIK PEREMPUAN kepada Naib Presiden PKR ini sendiri iaitu UMMI HAFILDA ALI..

Tun tidak TERUS percaya kepada kandungan SURAT tersebut.. Tun melakukan SIASATAN sendiri hinggalah akhirnya Tun meMINTA mereka yang menyaksikan kejadian tersebut termasuklah ADIK PEREMPUAN kepada Naib Presiden PKR ini sendiri berSUMPAH dengan Al Quran tentang apa yang mereka perkatakan.. Akhirnya, terBONGKARlah satu demi satu salah laku SEKS Penasihat PKR yang dikatakan tidak sahaja dengan wanita, malah dengan JANTAN pun.. Timbullah nama-nama seperti Dr. Munawar Anees, Sukma Darmawan, Mior dan sebagainya.. Kesudahannya, merasalah jugak Penasihat PKR bermastautin di Jel Sungai Buloh dalam sel VVIP lagi! Ye la.. Banduan lain mana merasa tengok TV dan ada tukang URUT dalam Jel Sungai Buloh? Tu pun siap berLAKON kena ARSENIK la, dah nak nak NAZAK la.. Macam-macam lagi..

Kita percaya CERITA lebih 10 tahun dahulu ini cuba 'diLUPA'kan dan cuba diMANSUHkan sebaik mungkin oleh pihak-pihak tertentu terutamanya dalam PKR.. Namun, antara REKOD pertuduhan terhadap Penasihat PKR pada tahun 1998 masih ada..

Malah, kita rasa KAGUM, ada jugak seorang INSAN yang berusaha meng'ARCHIVE'kan apa yang berlaku pada tahun 1998 dahulu di dalam alam SIBER ini..

Apa pun, masih RAMAI lagi saksi-saksi tahun 1998 yang masih lagi HIDUP pada HARI ini walaupun ada yang sudah TIADA seperti TS Mokhtar Abdullah, Dr. Ristina, Khalid Jafri dan Hakim TS Augustine Paul.. Jangan lupa, TS Musa Hassan, TS Ghani Patail, Khairuddin Hassan, Datuk Nalla dan ramai lagi masih sihat walafiat..

Berbalik kepada TAJUK, jadik SIAPAkah sebenarnya yang menJATUHkan Penasihat PKR yang berjawatan sebagai TPM dan Timbalan Presiden UMNO pada ketika itu? BUKANKAH TIDAK LAIN DAN TIDAK BUKAN IALAH ADIK PEREMPUAN NAIB PRESIDEN PKR YANG JUGA MP GOMBAK DAN ADUN BUKIT ANTARABANGSA? Kenapa Tun Mahathir pula yang diperSALAHkan sedangkan sudah tentu mana-mana PM sekalipun TIDAK mahu penggantinya adalah orang yang berMASALAH, apatah lagi diKAITkan dengan salah laku SEKS tanpa mengira JANTINA? Jadi, berASASkah DENDAM Naib Presiden PKR tersebut yang sekarang ini cuba bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR terhadap Tun Dr. Mahathir?

Seorang lagi yang jadik PENGECUT dan cuba meLAKONkan watak AIR MATA dalam drama keluarga yang menJIJIKkan ini ialah Presiden PKR sendiri yang jugak ISTERI kepada Penasihat PKR.. Sudah tentu dia TAHU apa yang suaminya lakukan.. Sudah tentu dia juga INGAT apa yang telah diadukannya kepada Tun Dr. Mahathir dan Tun Dr. Siti Hasmah tentang 'PERANGAI' suaminya.. LUPAkah dia bagaimana dia pernah meminta MAAF dengan Tun Dr. Siti Hasmah semasa terserempak dengannya di sebuah pusat membeli-belah 10 tahun dahulu ketika perbicaraan suaminya masih berjalan?

Kita PERCAYA anak-anak mereka pun hanya TAHU sekerat-sekerat sahaja KISAH sebenar PAPA dan MAMA mereka.. Cuma yang SEDIH tuh, apabila PAPA dan MAMA mereka sendiri 'menJANGKITkan' perangai BURUK mereka kepada anak-anak mereka sendiri.. Inilah yang kita LIHAT kepada anak sulung pasangan ini yang jadik MP Lembah Pantai.. Adakah dia merasakan PAPA dan MAMAnya sudah menceritakan perkara sebenar kepadanya? Atau dia pun cuba menyembunyikan HAKIKAT sebenar dan cuba MENIPU 30 juta rakyat Malaysia dengan drama PALSU keluarganya di dalam PKR kerana DENDAMnya terhadap Tun? Apa pun, ketahuilah bahawasanya FAKTA dan SEJARAH tidak akan berBOHONG seperti mereka ini..

Wallahualam..

Sunday, September 19, 2010

WAN AZIZAH, ZAID DISISIHKAN ANWAR?

Mana ada keadilan dalam Parti Keadilan Rakyat. Usahkan untuk rakyat, di kalangan pemimpin tertinggi pun tidak ada keadilan.

Datuk Zaid Ibrahim kini merasainya sendiri. Dalam pemilihan UMNO, hanya cakap-cakap sahaja mengatakan pemimpin tertinggi sokong orang itu dan orang ini. Tetapi dalam PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim jelas berpihak dalam pemilihan parti untuk jawatan Timbalan Presiden.

Kini segala teka-teki kini sudah terjawab.

Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali yang dianggap anak emas dan orang paling disayangi Anwar sudah mengesahkan akan bertanding jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pemilihan November nanti.

Beliau berhasrat untuk menggantikan Syed Hussein Ali yang membuat keputusan berundur dengan alasan bagi memberi laluan kepada pemimpin muda.

Berikutan keputusan itu sudah tentulah Anwar yang dilantik sebagai pengurus kempen kepada Azmin akan menjelajah seluruh negara bagi memastikan anak emasnya itu mencapai kejayaan.

Walaupun Anwar yang merupakan Ketua Umum PKR sepatutnya berkecuali tetapi syarat itu mungkin tidak terpalit kepada beliau.

Penyokong-penyokong Anwar dan Azmin berhujah, ia disebabkan yang menjadi Presiden PKR bukan Anwar tetapi isterinya, Datin Seri Dr.Wan Azizah Wan Ismail justeru Wan Azizahlah yang patut berkecuali, namun semua orang tahu Wan Azizah tidak ada kuasa apa-apa! Semuanya diuruskan oleh Anwar.

Sebab itulah Anwar tidak mahu dicalonkan bertanding apa-apa jawatan, buat apa nak susah payah bertanding, kalau sekarang pun sudah cukup berkuasa mengendalikan parti biarpun hanya menyandang jawatan Ketua Umum.

Apabila Azmin sudah membuat pengumuman maka calon-calon lain perlulah berfikir dua kali sama ada hendak bertanding atau tidak. Tidak kisahlah mereka disokong oleh Wan Azizah atau anaknya, Nurul Izzah, itu tidak akan mendatangkan apa-apa kesan kerana kedua-dua mereka tidaklah sehebat Anwar dari segi pengaruh.

Sebaliknya kedua-dua mereka hanya mengikut telunjuk Anwar. Selama ini walaupun ada tindak-tanduk Anwar tidak betul, Wan Azizah terus menjadi isteri yang taat dan Nurul Izzah kekal menjadi anak yang patuh.

Oleh itu percaturan politik mereka dengan menyokong mana-mana calon yang menentang Azmin boleh dianggap satu usaha sia-sia.

Nurul Izzah dikatakan menyenangi Datuk Zaid Ibrahim berbanding Azmin, sebab itulah dalam satu kenyataan beliau menganggap bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu orang yang paling layak menduduki kerusi nombor dua.

Bagaimanapun pendirian dan sokongan Nurul Izzah tidak akan menjejaskan kedudukan Azmin. Ini memandangkan Azmin sudah awal-awal lagi membuat persiapan untuk bertanding. Tambahan pula semua orang tahu bagaimana hubungan antara Azmin dan Zaid.

Kedua-dua mereka dikatakan tidak sebulu dan ia paling ketara ketika pilihan raya kecil Hulu Selangor tidak lama dahulu. Keadaan menjadi lebih buruk apabila kem Azmin melihat Zaid terlalu bercita-cita tinggi biarpun baru menyertai PKR.

Oleh itu Azmin ingin memastikan langkah politik Zaid tidak ke mana dan pemilihan November ini dianggap detik terbaik bagi 'menguburkan' impian Zaid.

Tindakan Azmin melantik Anwar sebagai pengurus kempennya sudah menunjukkan betapa Azmin benar-benar serius ingin 'membenamkan' siapa juga yang cuba menghalang perjalanan politiknya menuju tampuk kekuasaan di dalam PKR dengan restu Anwar.

Walaupun Zaid menganggap perebutan jawatan itu tidak perlu dihebohkan kerana dikatakan tidak ada apa-apa kuasa tetapi beliau jangan lupa senario yang bakal berlaku jika Azmin menang.

Anwar sememangnya membuat perancangan politik seperti itu kerana beliau ingin mewarisi PKR kepada Azmin bukan Wan Azizah, kalau pun Wan Azizah nak kekal, kekallah tetapi beliau tidak mempunyai apa-apa kuasa.

Selepas ini Anwar dan Azmin akan mentadbir PKR manakala Wan Azizah hanya akan menjadi pemerhati dan pengikut.

Baca selanjutnya di sini.