Thursday, July 8, 2010

DUALISME ANWAR IBRAHIM

Oleh Emang, AIDCclub (8 Julai 2010)

Falsafah Dualisme adalah orang yang menggunakan dua saluran yang sama dalam satu tujuan. Ini dapat disimpulkan kepada orang yang menggunakan kedua-dua saluran untuk kepentingan nafsu sendiri. Penulis tidak bermaksud menafsirkan falsafah dualisme dalam kontek falsafah kuno, metafizik dan sains, mahupun pendidikan tetapi lebih kepada membawa pengertian yang luas dalam konteks perilaku manusia.

Dualisme yang dimaksudkan penulis di sini adalah :

1.Bisexual (Termasuk homoseksual)
2.Munafik
3.Talam dua muka
4.Agent dan spy

Sehubungan dengan itu, tindakan dan pemikiran Anwar Ibrahim selari dengan falsafah Dualisme. Ini dapat dilihat dari aspek :
1. Seksiology
2. Keagamaan
3. Budaya
4. Politik Kenegaraan

Dari sudut sexiology, Dualisme merujuk kepada "Biseksual". Biseksual adalah tabiat segolongan manusia yang menjadikan lelaki dan perempuan sebagai pemuas nafsu. Begitu jugalah Anwar yang mempunyai isteri namun masih bermain dengan isteri orang dan juga dengan lelaki-lelaki muda. Bukankah ini dipanggil Biseksual?? Ini dapat dibuktikan dengan cara Anwar menggunakan ayat-ayat cintanya, melihat bagaimana dia mengayat adik angkatnya sendiri. Anwar mengacau isteri orang dan beliau meliwat Saifu. Hehehe....

Dari sudut keagamaan pula, Dualisme dapat diertikan sebagai "Munafik". Dari satu sudut, orang munafik ini akan menyebelahi orang Islam dan dari sudut yang lain pula akan menyebelahi orang bukan Islam. Orang ini selalu bermuka-muka dengan siapa sahaja. Ini dapat dilihat daripada tindakan dan cara Anwar berpolitik. Dia akan bercakap dan berkawan dengan pimpinan parti PAS kononnya dia juga berjuang untuk memartabatkan Islam, tetapi bila berjumpa dengan pemimpin parti DAP, dia akan katakan bahawa beliau tidak berniat untuk memartabatkan Islam dalam negara. "Negara Islam" bukanlah satu agenda utamanya. Ini dapat dibuktikan dengan kata-kata Ezam yang merupakan bekas orang paling rapat dengan Anwar. Manusia apa ini?? Bukankah ini Munafik??.

Dari sudut budaya melayu, dualisme dikatakan sebagai "talam dua muka". Sepertimana fizikalnya bentuk talam yang mempunyai dua muka, demikian jugalah Anwar. Anwar bercakap pada rakyat mahu membantu rakyat, tetapi bila berhadapan dengan tokoh korporat asing, beliau menggadaikan rakyat. Pembela rakyat apa ni???

Dari sumber yang dipercayai bahawa Anwar menggadaikan Petronas dan TNB kepada barat jikalau beliau berjaya menjadi Perdana Menteri semasa krisis kewangan 1998 yang melanda Asia Tenggara. Beliau berani melakukan sedemikian semata-mata mahu disupport oleh barat untuk menjatuhkan Dr.Mahathir suatu ketika dahulu. Tidak hairanlah jikalau kita melihat dia beriya-iya mahu menurunkan harga minyak agar syarikat Islam Petronas ini ini terus lumpuh dan tidak mampu bersaing dalam arena globalisasi. Anwar merupakan Talam Dua Muka yang pernah dikatakan oleh bekas pemimpin PKR.

Dari sudut kenegaraan pula, dualisme dikatakan "agent @ spy". Di dalam negara, dia sebagai pemimpin pembangkang berkolaborasi dengan dua parti yang mempunyai ideology berbeza. Beliau akan bertukar warna dengan paparan imej Islamnya jikalau berkawan dengan PAS, sebaliknya akan bertukar warna dengan imej liberal dan hak asasi manusianya dengan berkawan dengan DAP. I

mej Islamnya sukar terhakis kerana beliau telah memotretkan dirinya sebagai pejuang Islam kerana pernah memegang ABIM gerakan Islam dulu. Tetapi imej keislaman itu hilang apabila dia bersekongkol dengan barat dalam menjahanamkan dunia Islam. Ini kerana beliau pernah memegang jawatan penting dalam IMF satu bank dunia yang menjahanamkan negara Islam dalam ekonomi kapitalismenya. Anwar juga mempunyai kaitan dengan ICG, IIIT, CSID yang merupakan institusi penting Amerika untuk menguasai dunia Islam. Bukankah kaitan semua ini merupakan bukti yang kuat untuk kita katakan bahawa Anwar Ibrahim itu sebagai spy atau agent Amerika???.Inilah yang dinamakan sesumpah politik.

Secara kesimpulan dan konotasinya, Falsafah Anwar berdasarkan falsafah Dualisme. Bukan Idealisme yang selalu dia perkatakan tetapi Dualisme yang meliputi Biseksual, Munafiq, Talam Dua Muka & Agent yang sebenarnya dia perjuangkan...Untuk melihat anwar mempunyai pelbagai wajah pula. Ini yang menyebabkan Zulkifli Nordin menyuruh untuk Anwar bertaubat. Malah bukan setakat orang islam yang suruh Anwar bertaubat tetapi orang kafir pun suruh, Karpal Singh juga menyuruh Anwar supaya bertaubat.

Faham-Faham Laaaaaa.....

Monday, July 5, 2010

NIK AZIZ AKUI WUJUD PERPECAHAN PAS

Baru sahaja selesai Muktamar PAS ke-56 bulan lepas, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam mengakui wujudnya perpecahan di dalam parti itu bagi merebut jawatan tertinggi parti pada pemilihan Muktamar PAS tahun depan.

Kemelut perpecahan dilihat meruncing kerana beliau sendiri menyarankan agar tidak diadakan pemilihan bukan sahaja di peringkat tertinggi parti malahan di peringkat sayap parti iaitu Dewan Muslimat, Ulama dan Pemuda.

Sehubungan itu, Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan, berkata pemilihan untuk kepimpinan perlu diadakan secara perbincangan ataupun melalui syura dan bukannya dengan meletakkan calon untuk bertanding bagi kerusi kepimpinan parti itu dalam Muktamar ke-57 nanti.

"Tok soh (tidak perlu) bertanding. Tidak molek (tidak elok) la. Nak bertanding pun jangan sampai ke peringkat perpecahan.

"Ini luahan hati seorang tua (luahan daripada orang yang sudah lama di dalam PAS)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan jubli perak sebuah pondok agama di Bukit Payung di Kota Bharu kelmarin.

Pada Muktamar PAS Jun lepas tiada pemilihan diadakan di peringkat kepimpinan kerana ia diadakan sekali dalam dua tahun dan pemilihan kepimpinan akan diadakan pada persidangan Muktamar PAS tahun depan.

Persidangan PAS lepas, lebih memfokuskan untuk menguatkan parti bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 dan membenarkan Dewan Himpunan Penyokong PAS, iaitu anggotanya terdiri daripada golongan bukan Islam yang menyokong parti itu, menggunakan logo PAS untuk bertanding pada pilihan raya akan datang.

Bagaimanapun, Nik Abdul Aziz berkata jika pemilihan atau pertandingan tidak dapat dielakkan pada Muktamar akan datang, beliau menyarankan pemilihan itu diadakan secara teratur dan mengikut disiplin parti.

Kemelut dalaman PAS timbul pada 2009, apabila Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan beberapa pemimpin lain menyokong penubuhan kerajaan perpaduan melalui kerjasama dengan seteru parti itu, Umno, atas matlamat untuk membela nasib orang Islam di negara ini.

Bagaimanapun Nik Abdul Aziz menentang keras kerjasama kerajaan perpaduan itu dengan menuduh Umno cuba memecah-belahkan parti sedangkan cadangan asalnya dicanangkan oleh Abdul Hadi pada persidangan Muktamar PAS.

Akibatnya Nik Abdul Aziz menerusi blognya, www.bloktokguru.com mencadangkan supaya Muktamar Agung Khas (EGM) diadakan bagi menukar 'dua tiga kerat' pemimpin parti itu yang bermasalah supaya dibersihkan daripada golongan prokerajaan perpaduan.

Sunday, July 4, 2010

AWANG SELAMAT & NAPOLEON

Mingguan Malaysia (4 Julai 2010)

Tulisan Awang bertajuk KSU paling berkuasa... dalam ruangan ini minggu lalu mengundang perhatian banyak pihak. Ramai yang ingin tahu siapakah KSU yang dimaksudkan. Ada yang meminta agar didedahkan nama KSU itu dalam tulisan kali ini.

Seperti yang dinyatakan minggu lalu, Awang tidak berhasrat menamakan KSU berkenaan. Itu bukanlah tujuan sebenar. Awang tidak mahu mengaibkan sesiapa. Ia sekadar mahu membuka mata semua pihak tentang adanya seorang KSU yang kelihatan begitu berkuasa dan membuat banyak percaturan mengikut apa yang beliau suka.

Siapa yang makan cili dia yang terasa pedas. Kepada kebanyakan KSU, usahlah gundah kerana mereka diakui menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan baik, cekap dan profesional.

Pada Awang, yang dilihat menjadi maharaja atau Napoleon kecil cuma seorang.

Pejabat Awang turut menerima panggilan daripada seorang pegawai yang mewakili pihak atasan (bukan menteri atau pemimpin politik). Pegawai itu yang mendapat arahan daripada bosnya mahu tahu siapakah KSU yang dimaksudkan.
Pegawai yang sama membayangkan bahawa bosnya tidak senang dengan tulisan itu. Katanya lagi, kesemua KSU kecewa. Sama ada ia benar atau tidak, tidak dapat dipastikan.

Awang hanya senyum sambil geleng kepala. Di Malaysia, ternyata kita mudah melatah apabila ada aduan dan maklum balas sedemikian. Malah kita lebih cenderung mengambil sikap tidak berpuas hati.

Lain keadaannya dengan budaya perkhidmatan awam di beberapa negara maju. Di Jepun misalnya, para pemimpin perkhidmatan dan jabatan awam akan merasa tidak gembira jika mereka kurang menerima kritikan dan aduan.

Mereka bukan sahaja sentiasa positif bahkan mahu menjadi lebih relevan dengan mengurus banyak kritikan demi kepentingan rakyat dan pengguna. Apakah pimpinan perkhidmatan awam hanya mengharapkan pujian semata-mata, yang Awang harap tidak begitu. Kalau pegawai peringkat sederhana, rendah dan kakitangan awam diasak untuk berubah dan mendokong integriti serta profesionalisme, bagaimana pula mereka?

Dalam pada itu, Awang berharap sesiapa yang berkenaan dapat memantau pegawai kanan seperti KSU yang bermasalah dengan pendekatan lebih pro aktif dan menerusi mekanisme tertentu. Janganlah hanya menunggu keluhan dan maklum balas menerusi media baru mahu bertindak.

Dalam kes KSU berkenaan, cakap-cakap negatif mengenainya sudah lama kedengaran tetapi seolah-olah tidak diberi perhatian. Siasat dan nilailah. Jika tidak benar, Awang yang sekadar membawa keluhan banyak pihak, sedia memohon maaf. Tetapi jika benar, buatlah apa yang wajar. Awang sudah tolong lontarkan isu tersebut, carilah sendiri jawapannya dengan hati yang lapang dan dada terbuka.

Baca tulisan asal Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia 27 Jun 2010:

KSU paling berkuasa...

SEBENARNYA sudah lama Awang mahu lontarkan hal ini. Tentang seorang Ketua Setiausaha (KSU) di sebuah kementerian yang dikatakan begitu berkuasa sehingga membuat banyak percaturan mengikut apa yang beliau suka.

Ramai yang resah, kecewa dan marah dengan tindak-tanduk beliau termasuk daripada kalangan pegawai dalaman. Malah ada yang membuat dakwaan serius terhadap KSU berkenaan, yang melibatkan soal integriti dan kecelaruan tadbir urus. Khabarnya, jika dibuat undian sulit di kalangan pegawai dan kakitangan semua peringkat di kementerian tersebut apakah wajar KSU itu dikekalkan, keputusannya pasti majoriti mahukan perubahan.

Itulah maklum balas yang Awang terima sejak tahun lepas lagi. Cakap-cakap dan desas-desus mengenai beliau makin banyak, sebahagiannya agak panas. Malah ada yang mendakwa KSU berkenaan dikatakan bijak memanipulasi keadaan agar segala keputusan sentiasa memihak kepada percaturan beliau.

Tetapi adalah tidak adil untuk menjatuhkan rumusan apatah lagi hukuman tanpa memberi beliau peluang membuat penjelasan dan membela diri. Mungkin ia lebih kepada persepsi dan salah tanggapan. Namun dalam kita mendokong integriti, segala maklum balas berkaitan beliau tidak harus diambil ringan.

Apakah motif Awang bangkitkan hal ini? Awang hanya menyalurkan suara keluh kesah dan aduan banyak pihak selain mahu melihat sistem penyampaian yang berkesan seperti yang sentiasa ditekankan oleh Perdana Menteri, Mohd. Najib Tun Razak.

Mana-mana KSU tidak seharusnya menjadi maharaja atau Napoleon kecil, yang hanya akan menjejaskan lagi imej pentadbiran kerajaan. Mereka harus tahu batas kuasa dan benar-benar menerapkan akauntabiliti.
Siapakah KSU yang dimaksudkan? Awang tidak bercadang untuk mendedahkan namanya. Awang percaya dengan secebis kisah kecil ini, mungkin ada yang boleh bayangkan siapakah KSU berkenaan? Terserah kepada tafsiran masing-masing.