Sunday, July 4, 2010

AWANG SELAMAT & NAPOLEON

Mingguan Malaysia (4 Julai 2010)

Tulisan Awang bertajuk KSU paling berkuasa... dalam ruangan ini minggu lalu mengundang perhatian banyak pihak. Ramai yang ingin tahu siapakah KSU yang dimaksudkan. Ada yang meminta agar didedahkan nama KSU itu dalam tulisan kali ini.

Seperti yang dinyatakan minggu lalu, Awang tidak berhasrat menamakan KSU berkenaan. Itu bukanlah tujuan sebenar. Awang tidak mahu mengaibkan sesiapa. Ia sekadar mahu membuka mata semua pihak tentang adanya seorang KSU yang kelihatan begitu berkuasa dan membuat banyak percaturan mengikut apa yang beliau suka.

Siapa yang makan cili dia yang terasa pedas. Kepada kebanyakan KSU, usahlah gundah kerana mereka diakui menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan baik, cekap dan profesional.

Pada Awang, yang dilihat menjadi maharaja atau Napoleon kecil cuma seorang.

Pejabat Awang turut menerima panggilan daripada seorang pegawai yang mewakili pihak atasan (bukan menteri atau pemimpin politik). Pegawai itu yang mendapat arahan daripada bosnya mahu tahu siapakah KSU yang dimaksudkan.
Pegawai yang sama membayangkan bahawa bosnya tidak senang dengan tulisan itu. Katanya lagi, kesemua KSU kecewa. Sama ada ia benar atau tidak, tidak dapat dipastikan.

Awang hanya senyum sambil geleng kepala. Di Malaysia, ternyata kita mudah melatah apabila ada aduan dan maklum balas sedemikian. Malah kita lebih cenderung mengambil sikap tidak berpuas hati.

Lain keadaannya dengan budaya perkhidmatan awam di beberapa negara maju. Di Jepun misalnya, para pemimpin perkhidmatan dan jabatan awam akan merasa tidak gembira jika mereka kurang menerima kritikan dan aduan.

Mereka bukan sahaja sentiasa positif bahkan mahu menjadi lebih relevan dengan mengurus banyak kritikan demi kepentingan rakyat dan pengguna. Apakah pimpinan perkhidmatan awam hanya mengharapkan pujian semata-mata, yang Awang harap tidak begitu. Kalau pegawai peringkat sederhana, rendah dan kakitangan awam diasak untuk berubah dan mendokong integriti serta profesionalisme, bagaimana pula mereka?

Dalam pada itu, Awang berharap sesiapa yang berkenaan dapat memantau pegawai kanan seperti KSU yang bermasalah dengan pendekatan lebih pro aktif dan menerusi mekanisme tertentu. Janganlah hanya menunggu keluhan dan maklum balas menerusi media baru mahu bertindak.

Dalam kes KSU berkenaan, cakap-cakap negatif mengenainya sudah lama kedengaran tetapi seolah-olah tidak diberi perhatian. Siasat dan nilailah. Jika tidak benar, Awang yang sekadar membawa keluhan banyak pihak, sedia memohon maaf. Tetapi jika benar, buatlah apa yang wajar. Awang sudah tolong lontarkan isu tersebut, carilah sendiri jawapannya dengan hati yang lapang dan dada terbuka.

Baca tulisan asal Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia 27 Jun 2010:

KSU paling berkuasa...

SEBENARNYA sudah lama Awang mahu lontarkan hal ini. Tentang seorang Ketua Setiausaha (KSU) di sebuah kementerian yang dikatakan begitu berkuasa sehingga membuat banyak percaturan mengikut apa yang beliau suka.

Ramai yang resah, kecewa dan marah dengan tindak-tanduk beliau termasuk daripada kalangan pegawai dalaman. Malah ada yang membuat dakwaan serius terhadap KSU berkenaan, yang melibatkan soal integriti dan kecelaruan tadbir urus. Khabarnya, jika dibuat undian sulit di kalangan pegawai dan kakitangan semua peringkat di kementerian tersebut apakah wajar KSU itu dikekalkan, keputusannya pasti majoriti mahukan perubahan.

Itulah maklum balas yang Awang terima sejak tahun lepas lagi. Cakap-cakap dan desas-desus mengenai beliau makin banyak, sebahagiannya agak panas. Malah ada yang mendakwa KSU berkenaan dikatakan bijak memanipulasi keadaan agar segala keputusan sentiasa memihak kepada percaturan beliau.

Tetapi adalah tidak adil untuk menjatuhkan rumusan apatah lagi hukuman tanpa memberi beliau peluang membuat penjelasan dan membela diri. Mungkin ia lebih kepada persepsi dan salah tanggapan. Namun dalam kita mendokong integriti, segala maklum balas berkaitan beliau tidak harus diambil ringan.

Apakah motif Awang bangkitkan hal ini? Awang hanya menyalurkan suara keluh kesah dan aduan banyak pihak selain mahu melihat sistem penyampaian yang berkesan seperti yang sentiasa ditekankan oleh Perdana Menteri, Mohd. Najib Tun Razak.

Mana-mana KSU tidak seharusnya menjadi maharaja atau Napoleon kecil, yang hanya akan menjejaskan lagi imej pentadbiran kerajaan. Mereka harus tahu batas kuasa dan benar-benar menerapkan akauntabiliti.
Siapakah KSU yang dimaksudkan? Awang tidak bercadang untuk mendedahkan namanya. Awang percaya dengan secebis kisah kecil ini, mungkin ada yang boleh bayangkan siapakah KSU berkenaan? Terserah kepada tafsiran masing-masing.

Wednesday, June 30, 2010

DAP MEMANG ANTI NEGARA ISLAM, PAS TUNDUK KEPADA TUANNYA

Daripada http://www.pisau.net

Pengerusi Kebangsaan DAP,Karpal Singh sekali lagi mengulangi pendirian beliau bahawa Malaysia tidak boleh digelar sebagai negara Islam.

Malah beliau dan DAP mengulangi bahawa dalam hal ini mereka tidak akan berkompromi dengan sesiapa pun hatta kepada isteri sumbang mahramnya si Jalangan Khawarij PAS.

PR menyasarkan impian mahu menawan Putrajaya dengan mengakhiri penguasaan lebih lima dekad Barisan Nasional (BN), persoalan yang masih menjadi perhatian ramai - sama ada DAP sanggup menerima perjuangan PAS untuk membina sebuah negara Islam di Malaysia?

Bagi Pengerusi kebangsaan DAP Karpal Singh, jawapannya ialah “tidak”.

“Mustahil bagi DAP berkompromi dalam hal ini. Kami tidak boleh kompromi agar negara berubah menjadi negara Islam (jika PR mengambil alih kerajaan pada masa depan),” kata Karpal. “Ia sebuah negara sekular. ”

DAP bagaikan abang besar dan tuan didalam pakatan haprak, cara dan gaya Karpal King ini bercakap cukup jelas menunjukkan bahawa DAP tidak punyai rasa hormat langsung kepada Khawarij PAS paria politik kasta paling rendah didalam pakatan.

Nampak gaya Khawarij PAS lebih terhegeh hegeh mendambakan kasih sayang daripada DAP,rakyat dan semua orang tahu sejak dulu lagi sememangnya DAP menolak sebuah negara Islam,dan dalam masa yang sama pernah mengambil tindakan makhamah terhadap Tun Mahathir kerana mengistiharkan Malaysia adalah sebuah negara Islam.

Buat Khawarij PAS,perjuangan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Islam hanyalah ibarat mimpi basah yang tak kesudah,realitinya jika berjaya sekali pun menakluki Putrajaya mereka terpaksa meminta kebenaran & persetujuan daripada abang besar dan tuan DAP yang sememangnya semua orang tahu sangat anti Islam.

Saturday, June 19, 2010

CARI NISHA CHANDRAMOHAN...

2 years old
Missing since June 4, 2010, Mentakab, Pahang.
Contact Police or Nisha's father Govindasamy +6016-9353400


Keluarga Nisha Chandramohan, kanak-kanak berusia dua tahun yang hilang sejak 4 Jun lalu, berjanji tidak akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya anak mereka dikembalikan dengan selamat.

Ibu kanak-kanak itu, Wong Lai Lan, 21, berkata pihaknya berterima kasih kepada sesiapa yang menemui dan mengembalikan anak mereka.

"Kami hanya akan berterima kasih tanpa mengambil sebarang undang-undang kepada mereka kerana selama Nisha hilang, mereka telah menjaganya...lagipun anak saya bukanlah sihat seperti kanak-kanak lain.

"Nisha perlu mengambil ubat untuk penyakit sawan yang dihidapinya," katanya pada sidang media bersama RHB Bank dan MCPF (Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia) yang membantu menyebarkan poster kanak-kanak itu di KualaLumpur hari ini.

Sementara itu, pengerusi MCPF, Tan Sri Lee Lam Thye, meminta orang ramai supaya memaklumkan keluarga Nisha atau polis jika mempunyai maklumat mengenai kanak-kanak itu.

Sebanyak 2,700 poster yang mengandungi maklumat mengenai Nisha diedarkan di sekitar Kuala Lumpur, Pahang dan Pelabuhan Klang sejak Rabu kelmarin.

Pengerusi RHB Bank, Tan Sri Azlan Zainal, pula berkata pihaknya telah mengambil inisiatif menyiarkan gambar kanak-kanak itu pada skrin ATM cawangan bank itu di seluruh Semenanjung.
"Kami harap dengan menggunakan teknologi ini, ia lebih berkesan kepada masyarakat untuk tampil membantu menamatkan kisah sedih dalam keluarga Chandramohan.

"Dengan lebih 1,800 ATM di seluruh negara, kami harap masyarakat akan bekerjasama dengan kami, media dan MCPF untuk mengesan adik Nisha secepat mungkin," katanya.

Nisha dilaporkan hilang selepas dibawa keluar oleh ibu saudaranya yang mempunyai masalah mental dari rumah nenek mangsa di Taman Bukit Bendera, Mentakab, Pahang.

Mereka yang mempunyai maklumat boleh menghubungi polis atau Chandramohan di talian 016-9353400.

www.hambali1.blogspot.com